Followers

Tuesday, January 26, 2016

Pulih semangat.

Entri: # 149
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih sayang buat semua.
Alamdulillah buat nafas yang masih dikurniakan Ilahi bagi menyambung tugas hakiki sebagai hamba Allah dan sebagai siapa sepatutnya diri cik azue ini. Sengih dan tarik nafas panjang.

Hari ini cik azue kongsikan sedikit apa yang cik azue buat bagi memulih sedikit semangat diri.
Hidup ini adalah perjalanan menuju ke negeri abadi. Suka atau tidak kena teruskan langkah sebab kita dah memilih untuk berada di bumi ini dan atas sebab itu kita dilahirkan ke dunia ini.


Tips PULIH SEMANGAT (Berkesan dengan IZIN ILAHI ke atas diri ku)

1) Istighfar banyak2 kali dan fahami maksud
2) Selawat ke atas nabi
3) Sentiasa dalam wuduk
4) Solat (jika tiada dlm keuzuran) 5 waktu, solat taubat, solat sunat banyak2 dan istiqamah
5) baca Al - Quran (baca tafsir dan dalami maksud jika uzur)
6) sedekah walau hanya Al Fatihah buat ibu bapa dan keluarga serta yang memerlukan. Jika mampu keluar RM sila, Alhamdulillah.
7) puasa jika tanpa keuzuran
8) suluk atau bersendirian barang seketika dan kenangkan kembali atas TUJUAN apa kita berada di mula bumi ini.

Buat kawan-kawan yang singgah, jika ada tip nak berkongsi sama, silalah tambah di komen ya. Terima kasih.

Oklah. Nak siap bekal buat anakanda kejap. Mesin pun nak berehat barang seketika.

Selamat pulih semangat.
Selamat mengisi ruang kosong dalam diri dengan perkara yang membawa kita lebih mendekatkan diri dengan Ilahi.

Sambil kita menyulam, bolehlah kita membaca yer.


Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue

Wasalam

3 comments:

babYpose said...

Kenapa dengan cik azue, betul berbanyak berdoa, saya pun baca yang tahu eg ayat kursi,yang macam cik azue senaraikan. InshaAllah. Moga bersemangat kembali. Take care cik azue, bersemangat yang penting dulu tau, diri suami anak-anak..first thing first..amboi panjang pula saya ni hehe..

Kuazue Mohd said...

Semangat hilang jer...

Kuazue Mohd said...

Semangat hilang jer...