Followers

Monday, January 5, 2015

Entri # 111: Pengkelasan Segmen Penceritaan

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat semua. 
Selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Dah lama cik azue ini tenggelam timbul di blog tersayang ini.
Banyak sangat perkara yang sedang dibuat.
Baik, 2015 ini, kita cuba memenuhi blog tersayang dengan cerita cerita sepanjang kehidupan cik azue bergelar WAHM, berselang selikan dengan cerita tentang perusahaan dari rumah cik azue dan akademi bekerja dari rumah.

Oleh sebab itu, cik azue mengambil keputusan untuk mengkelasifikasikan setiap entri di blog cik azue nanti dengan sub tajuk dihadapan.
Ini adalah bagi memudahkan para pembaca budiman mengetahui dengan lebih baik tentang sesuatu entri itu dibuat.

Berikut adalah sub tajuk yang telah diputuskan.

a) Catatan Hati - mana-mana entri dengan sub tajuk ini adalah berkisar tentang penceritaan isu semasa serta perkongsian ilmu dan juga luahan perasaan diri cik azue sendiri tentang sesuatu isu atau ilmu tersebut.

b) Diari WAHM - entri ini akan berkisah tentang rutin hidup cik azue dan kehidupan dalam menguruskan keluarga dan bisnes dari rumah.


c) Ulasan - entri yang akan berkisah tentang segala ulasan cik azue tentang Buku, ebook, kelas, novel dan blog atau apa sahaja yang memerlukan ulasan dan pandangan cik azue nanti.

d) KLK - entri tentang perusahaan cik azue dalam seni jahitan dan sulaman. Mengenai tempahan mahu pun tutorial jahitan, semuanya akan cik azue rumuskan bawah entri KLK.


e) ABDR - entri yang akan berkisar nanti tentang AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH yang mana cik azue bergerak sebagai PENGURUS ONLINE.


Ini tentang hala tuju blog cik azue bermula tahun 2015.
Diharap dengan perkongsian ini, teman maya sekalian lebih mudah nak mengikuti blog cik azue yang tidak seberapa ini.

Berlangsung sekarang di bilik sulam KLK (Keraih Lengan Kuazue) adalah sulam tanda nama JAWI -  tempahan pukal sekolah agama.


Bagi kalian yang berminat untuk menempah, boleh ke klik pada pautan di bawah ini:


namun, adalah diingatkan bahawa senarai menunggu adalah panjang bagi tempahan pukal mahupun persendirian.

Hingga ini sahaja buat kali ini.
Semoga segala yang berlaku lewat beberapa hari yang lalu semakin mendekatkan diri kita kepada yang MAHA KUASA.

Jaga diri, hiasi peribadi dengan IMAN dan AMAL.

Wasalam

No comments: