Followers

Wednesday, January 14, 2015

Diary WAHM: Kisah sekolah dan Tempahan Sulam Tanda Nama



Entri#: 116
Teks: KUAZUE MOHD 
Foto: Koleksi Peribadi 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat kalian yang rajin bertandang. Terima kasih kerana memeriahkan blog cik azue yang tidak seberapa ini.

Oh, kenapa cik azue agak perlahan muat naik entri sejak kebelakangan ini?
Tiada kaitan dengan kebanjiran kawasan mahu pun kebanjiran emosi di tatkala ini ya.
Cik azue hanya diselaputi dengan tempahan demi tempahan. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian pada bisnes kecil dari rumah yang diusahakan oleh cik azue dan suami.

Tempahan apa itu ya?

Ya, kalian bijak sekali. Tempahan sulam tanda nama persendirian dan pukal dari sekolah-sekolah.

Nampak gayanya, tahun 2015, dimulai dengan diwarnai dengan warna warni tempahan sulaman tanda nama. Tanda nama RUMI dan tanda nama Jawi.



Tempahan tanda nama jawi dan rumi yang telah siap disulam dan menunggu masa untuk diperkemaskan lebihan benang lalu dipotong mengikut saiz dan dibakar disekelilingnya sebagai kemasan terakhir sebelum dipek mengikut nama dan mengikut kalian penempah budiman.


Manakala cik abang (mesin ini berjenama "Brother- Model NV1500") masih setia dengan proses menyulam bermula seawal 7.30am membawa ke 11pm dengan beberapa kali selingan rehat.

Rehat pertama dari jam 11am - 2.30pm, iaitu waktu penyediaan anakanda berdua yang sudah tidak sama jadual sekolahnya.
Si kecil dalam darjah dua, balik sekolah agama (SRA) bermula jam 11.15am hingga 12.15 tengah hari. Ketika ini tugas cik azue dari penyulam tegar menjadi si ibu 'singa' bagi memastikan si kecil ini berjaya mengikuti masa yang telah diperuntukkan sebelum dijemput ke sekolah (SK) di sebelah petang.

Menanti si abang pulang, cik azue kadang dapat sekejap ber Qailullah (tidur sekejap) dan bermula dari jam 1.15pm hingga 2.15pm melayan si bujang besar (darjah 4) ini bersiap sedia untuk ke sek agama pula (SRA).

Dari jam 2.30pm hingga jam 5pm cik azue akan menyambung kerja-kerja sulaman dan bilik sulam serta jahitan akan ditutup bermula jam 5pm bagi giliran kerja cik azue.

Waktu malam seawal jam 7.30pm, bilik ini akan beroperasi kembali sehinggalah selewat jam 11pm. Tapi bukan dibawah seliaan cik azue. Di bawah seliaan rakan kongsi bisnes merangkap rakan kongsi hidup. Terima kasih en Chenta. Saya sayang awak selamanya ke akhir hayat.

Sambil-sambil melayan anak-anak. en chenta akan memerhati mesin sulam beroperasi manakala cik azue akan bertungkus lumus pula sediakan keperluan bekerja dan persekolahan anakanda. Kemudian, jika mata ini masih boleh bertahan, cik azue akan mula pula proses kedua penyediaan tanda nama sulam seperti yang dinyatakan di atas, sambil menjawab segala pm dan kemas kini segala blog yang ada (tapi selalunya blog terkubur lah buat beberapa ketika dek kesibukan terlampau).

Beginilah rutin harian bermula sesi persekolahan 2015 ini.
Jadi pada kalian yang ada hantar Whatapps dan PM itu, jika terlambat jawab, mohon maaf. Cik azue akan jawab juga, tapi lambat.

Jika ada diantara kalian yang masih berminat nak mendapatkan perkhidmatan sulaman tanda nama ini, sukacita cik azue nak beritahu, bahawasanya, mana-mana yang berhajat nak selit tempahan personal, kami masih buka sehingga 20/1/15.

Pengeposan seterusnya bagi tempahan "menyelit personal" adalah pada minggu pertama FEB 2015. 


Mana -mana yang telah beratur, sila jelaskan bayaran selewatnya 20/1/15 untuk kami mula sulam tempahan kalian.

Tempahan pukal hanya dibuka bagi tempahan untuk bulan MAC dan ke atas sahaja.

Panduan bagi tempahan sulaman tanda nama ini, boleh kalian semak di 




Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi cik azue melalui 




email: kuazue@gmail.com 

Whatsapp : 013-2700020 




Akhir kalam, 
Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami.
Terima kasih kerana sudi berurusan dengan cik azue. 
Terima kasih kerana sudi memanjangkan rezeki cik azue sekeluarga serta orang yang bergantung dengan cik azue.
Dan 

Buat kalian, cik azue doakan agar kalian juga beroleh rezeki yang melimpah ruah selepas ini.

Jaga diri, jaga hati, jaga Allah, Allah dulu, Allah lagi dan Allah terus, seperti kata cik Insyirah Azhar.

Yang baik kita kongsi bersama. Yang kurang, mohon kalian maafi.

Wasalam