Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Kisah jerebu lagi.
Alhamdulillah, akhirnya hujan juga pada jam 4pm, dimana bacaan ipu adalah 151 pada pencerap Batu Muda,
Kemudian, berbalik pula pada kisah kesihatan cik azue.
Sebenarnya, malas dah nak menaip cerita tentang sakit ini. Tetapi bila cik azue google cari ilmu/panduan tentang sakit ini, langsung tidak jumpa satu blog pun dari tanah air kita, bercerita tentang sakit tulang belakang, sakit saraf akibat cervical spondylosis ini. Jadi, cik azue ambil keputusan untuk menulus kembali.
Moga-moga tiada lagi dapat mesej suruh cik azue jangan menulis, bercerita tentang sakit, umpama tidak redho dengan ujian.
Kalian, bukan menulis ini minta simpati. Menulis ini sekadar untuk memberi gambaran bagaimana sakit ini dan lagu mana cara perubatan.
Yang terasa apa yang cik azue menulis ini beri impak negatif, sila jangan baca, ya.
Baik. Sebenarnya, cik azue ni sakit kepala.
Sudah banyak hari sakit kepala ini mengganggu diri.
Sakit kepala hingga sakit pada bola mata dan kali ini sakit ini menekan dibahagian mata kiri.
Tidur dek sakit kepala dan bangun tidur pagi pun sakit kepala.
Tidur dek sakit kepala dan bangun tidur pagi pun sakit kepala.
Lepas asar, lepas hujan reda tadi, sakit pada kaki kanan dan tricep bisep tangan ini menjadi-jadi.
Tengkuk mula rasa kejang yakmat.
Bawa diri baring tidur, tak boleh lena kerana terjadinya gangguan seperti renjatan electrik dihujung-hujung kaki dan tangan.
Betis di kedua kaki rasa bagai otot tertarik-tarik, macam nak cramp. Pain score pada skala 5/10.
Jam 6.45pm
Pain score pada skala 7@8/10.
Kaki rasa sejuk yang mencengkam tulang.
Pain score pada skala 7@8/10.
Kaki rasa sejuk yang mencengkam tulang.
Sakit.
Tak boleh kontrol. Air mata mengalir.
Tak boleh kontrol. Air mata mengalir.
Ya Rabb,
Sakit sungguh kaki kanan dan kaki kiri serta dua tangan. Sakit umpama seluruh limb kena toreh.
Ya Rabbi,
Sujud lama di sujud terakhir solat maghrib, moga Allah ampunkan dosa.
Bawa baring sambil nangih dan sebolehnya tak mahu ambil ubat tahan sakit sebelum isya, sbb nanti takut tak sempat solat tertidur dan mati???
9pm
Magic, torehan tadi macam menghilang sendiri. Terus badan rasa berpeloh, panas semacam pula.
Magic, torehan tadi macam menghilang sendiri. Terus badan rasa berpeloh, panas semacam pula.
Tika ruku' solat isya', bagai ada satu tikaman di antara tulang cervical lalu rasa yang tadi itu hadir beransur pergi.
Alhamdulillah.
Sekarang yang tinggal sakit bahu dan tengkuk + sedikit di bahagian thoraxic vetebra.
Sebelum pejam mata, ambil norgesic 2 biji dan nantilah cik azue sambung lagi ya.
Sekian, terima kasih.
Wasalam
#cervicalradiculopathy
11 comments:
Alhamdulilah hujann, kat tempat Saya tak hujan Kak..
Kak bawak berehat dan jaga diri ya..makan ubat...kalau melarat pergi klinik Kak ..
ok. tapi cik azue memang dalam rawatan doktor pakar. malas nak p emergency, depa buh morfin je..
Betul la Cik Azue, sakit kita hampir sama, kaki tu kekadang tarik sampai keluar air mata. Kalau datang sakit just boleh baring je, kekadang kalau tengah berjalan usaha peluk tiang. Orang tengok buat tak tahu je maybe ingat Zumal ni sewel kot. Hehe...
Zumal kalau solat selalu atas kerusi je. Bukan kaki je sakit time solat ni, jadi lemas masa sujud. Lepas tu penat pun datang sama. Tapi kalau pergi masjid buat cara normal je.
Alhamdulillah dah ujan kat sana.
Mudah2an sakitnya dah berkurangan
alhamdulillah, hujan dah kerpa sekarang. boleh la hilangkan jerebu.
Moga cik azue makin sihat. jangan lupa jumpa doktor & makan ubat ye :-)
Sekarang dah tiba musim hujan agaknya, tempat kami di Puchong pun hujan juga.
Take care cik Azue.
semoga Allah berikan kesembuhan
Very nice write-up. I absolutely appreciate this website. Thanks!
dramacool9x.com
Watch Korean drama,Chinese Drama, movies, Kshow and other Asian dramas with english subtitles online free. dramacool for everyone!
Hello nice posst
Post a Comment