Followers

Friday, January 27, 2017

Bila Cik Azue Menyulam

Entri: #189
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 28, 1438H
(27 Januar 2017)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Salam penghulu hari buat semua.



Hari ini cik azue masih meneruskan kerja-kerja sulaman dan kekemasan bagi tanda nama jawi bagi tempahan pukal sekolah.

Terima kasih ustazah di atas kepercayaan ini. Tahun ini sudah tahun ke tiga atau barangkali tahun ke empat kita berurusan.

Teringat lagi pada penghujung tahun 2015, pada ketika cik azue memang seringkali keluar masuk wad dek ujian kesihatan, terasa bagai mahu ditolak sahaja tempahan yang menjelma.

Alhamdulillah, atas kerjasama dengan tuan CEO, tempahan para pelanggan setia tetap kami terima ketika itu dan sehinggalah kini.

Terima kasih banyak-banyak buat kalian atas kepercayaan selama ini buat cik azue dan suami.

Berbalik kepada cerita sulaman. Beginilah setiap kali selesai sulam. Semak balik setiap ejaan, tanda mana yang rosak dan perlu ulang sulam dan terus kemudian buat kemasan akhir pada setiap keping nama.

Susah?
Tidaklah begitu susah dan renyah apabila kita suka untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu.

Nasihat cik azue buat penyulam tanda nama yang baru berkecimpung.

Janganlah kalian buat perkara ini semata-mata kerana mengejar nilaian ringgit semata, kelak kalian sendiri akan terasa lelahnya.

Buatlah atas dasar tanggungjawab kemanusiaan, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Fahamkan.

Sampai sini sahaja. Nanti cik azue sambung lagi ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

6 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka tengok hasil sulam ni. Bukan semua orang sempat nak buat benda ni.

Jobdirumah Buat Duit said...

Suka tengok hasil sulaman. cantik.

Hernee Nazir said...

syoknya tengok orang terer menyulam..

Kuazue Mohd said...

Terima kasih

Kuazue Mohd said...

Terima kasih

Kuazue Mohd said...

Hihihi..bukanlah teror sangat pun. Tapi boleh lah untuk menjana pendapatan. Alhamdulillah