Followers

Monday, July 13, 2009

Petua buat sang PENDERITA

Tadi.. talipon mak... n adalah mengadu sikit tentang anak2 yang tak berapa sihat n selalu buat perangai... dalam banyak2 dok pot - pet.. sempat gak ler di turunkan petua2 berguna yang boleh kita konsi besama....Antara petua yang diajar emak adalah… “Adalah satu petua yang satu ustaz ajar… (Mak sebut nama..tapi tak ingat lah pula namanya…)kalau budak2 suka buat perangai… nangis2.. n etc… buatlah macam nie…
Ambil sebaldi air… baca…
  1. Al Fatihah – 7 kali
  2. Ayat Qursi – 7 kali
  3. 3 Qul – setiap surah 3 kali
dan diniat dan dihembus pada air tadi. Jika dibadan mereka terdapat kesan2 lebam.. tak diketahui punca nya.. boleh lah dimasukkan hirisan limau nipis ke dalam baldi air tadi. Air yang telah di baca ayat2 di atas, hendaklah di siram pada badan anak di penghujung mandinya… n hirisan limau itu digosok2 pada tempat tempat yang lebam tadi…. Selepas itu jangan lagi dibilas n bolehlah dikeringkan badan nya. Seelok waktu mandi adalah diantara terbenamnya matahari dengan masuknya waktu MAGHRIB. Insya Allah… boleh lah diamalkan …
Wallahu’alam….

3 comments:

adianiez AIDA said...

very good advice ni kuazue.
anak2 dara aida yg aktif tu, sometimes memang buat aida geram & rasa nak babab jer.
but, kesian tu melebihi kemarahan.
elok gak amalkan ni.
weekend bleh ni buat kan ?
weekdays, mereka da siap mandi kat umah bbsitter.
tq.

Ry@_~ said...

mekasih kuazue.. ana, sejak mak xde ni susah jugakla.. dulu kalu apa2 hal leh tanya or ngadu kat mak.. la ni simpan dalam hati ajela.. kebetulan lak ana tgh runsingkan anak ana yang kecik tu(nana).. meragam betuila.. yang buat sedih tu kalu nangis asyik panggil opah... rindu opahla.. semuanya opah.. so ana dah apply guna apa yg azue beri ni.. alhamdulillah ada perubahan.. sikit2 la kan.. terima kasih sgt2.. terima kasih kat mak azue sekali yer..

Kuazue Mohamad said...

Salam semua..

Ilmu kata mak untuk di kongsi bukan untuk diperap jadik pekasam.. lama2 kalau tak makan.. hancuq buang cam gitu jer....

alhamdulillah.. kuasa penyembuh ditangan yang ESA....