Followers

Friday, February 19, 2016

Demi sebuah Amanah

Entri: #154
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Weha, hari ini rajin, alhamdulillah.
Entry kedua di hari yang sama.



Aktiviti membuat imej sulaman bagi sulaman tanda nama diteruskan.
Berdikit-dikit saban hari sambil menahan sakitnya perut.
Kejap bagai dipulas, dipilin dan sekejap lagi pula bagai ada seorang bayi mengeras kejung di dalam sana.

Sengih!
Nikmat disebalik sakit, siapa tahukan.

Oklah, daaa...

posted from Bloggeroid

Kemaskini aktiviti 'hilang'

Entri: #153
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Awal 10, 1437H
(19 Februari 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Wah lama sungguh cik azue bertapa.
Sibuk menyelesaikan terapi ubatan dan sibuk juga menyelesaikan tempahan sulaman tanda nama.





Alhamdulillah.
Minggu ini cik azue sedang berusaha menyelesaikan tempahan pukal terakhir buat sesi kali ini.



Terselit beberapa tempahan personal juga. Sengih!

Oklah, nak sambung kembali kerja tertangguh.

Hingga berjumpa lagi.
Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Wednesday, February 3, 2016

Tapak 'Darning'

Entri: #152
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 24, 1437H
(3 Februari 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.




Dah lama cik azue cari dalam simpanan.
Akhirnya, cik azue dah jumpa.
Alhamdulillah.

Sambil mesin sulam menyulam, bolehlah mesin Singer cik azue beraksi.

Oh nak kena praktis dulu.
Nanti cik azue tunjuk hasilnya.

Hihihi.
Pada yang belum kenal tapak apa ini? Tunggu ya, nanti cik azue bagi tahu.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue. Terima kasih.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Saturday, January 30, 2016

Siaran khas

Entri: #151
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 20, 1437H
(30 January 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang.

Bersiaran dari bilik sementara ni lagi.


Alhamdulillah.
Dapat hirup udara, bernafas, bernyawa lagi.
Alhamdulillah, sakit perut itu macam dah kurang, cuma yang tinggal sakit kepala lah pula.

Entah kenapa sakit kepala ini macam tidak mahu berlalu pergi buat seketika ini. Tak mengapa lah. Kita buat tak tahu sahaja pada sakit di kepala itu.

Jom tengok sarapan pagi cik azue.


Nasi goreng ikan masin dan secawan air suam bersama sepeket susu untuk dibancuh sendiri.

Alhamdulillah.
Boleh lah telan walau tidak menepati tekak cik azue. Macam terlebih masin pun ada. Tidak mengapalah, makan saja setskat mampu tekak menelannya.
Terima kasih ya buat kalian yang memasak dan yang menyediakan hidangan ini hingga ke katil cik azue.

Oh ya apa lagi nak cerita?
Tadi ada segerombolan 4 orang anak muda tahun 5 (akhir) jurusan perubatan temuduga kisah sakit cik azue.
Belajar baik-baik ya anak muda agar Allah kurniakan kamu orang menjadi para doktor muslim/muslimah yang diredhai Nya.

Oklah.
Ubat dah jalan. Kepala dah ting tong. Cik azue mahu beradu kembali.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue. Terima kasih.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Friday, January 29, 2016

Dah lama sihatnya...

Entri: #150
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 20, 1437H
(30 January 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.



Minta maaf pada kalian yang menempah dengan cik azue.

Sihat nanti in shaa Allah akan cik azue percepatkan segalanya walau masih belum terbabas jadualnya penghantaran /pengeposannya.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam

posted from Bloggeroid