Tuesday, October 21, 2014

Entri # 95: Seteguh Fayqa (Bukan seteguh cik azue ya!)

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang. 
Dah lama dah baca novel ni. Tapi hari ini baru terasa dihati nak buat ulasan tentang novel ke tiga tulisan Hanina Abdullah. Kesian kalian, dah lama cik azue tak kongsi bersama tentang novel yang dibaca.
Kenalkan novelist ni, ala, yang tulis novel "Projek Memikat Hati Suami" tu. Dah lupa? Apa kata korang baca ulasan cik azue tentang dua novel beliau terdahulu; Projek Memikat Suami dan Kisah Naz dan Khaalish.
Oh siapa tu yang bertanya? Adakah masa cik azue membaca eh? ADO! Ado eh masa nak membaca, hendak dengan tak hendak jer.
Tapi yang pasti, cik azue akan baca pada waktu-waktu senggang tatkala sebelum nak masuk tidor, terutama waktu ketika sedang tunggu anak-anak memasuki fasa mimpi dia orang. Anak-anak teruna ni kalau tak tunggu sampai betul-betul lena, jangan lah berharap mereka boleh tidur lena, nanti tengah kusyuk buat kerja, tetiba sahaja ada orang duduk dibelakang kita. Kus semangat ibu ko, nak! Hihihi, tapi selalunya, kejadian berlaku bila anak-anak ni dah habis baca ayat-ayat pendinding dan sebagainya, bila mereka dikehendaki diam dan berzikir hingga lelap. Masa ni la cik azue akan hanyut ke alam lain sekejap. 'Feling-feling heroin' dalam novel. Kih..kih..kih. 



Judul: Seteguh Fayqa (macam mana nak sebut eehh?)
Pengarang: Hanina Abdullah
Terbitan: Penulisan 2U!
Ketebalan: 776 m/s (86 Bab) 

Kisah tentang seorang perempuan sekitar umur 20an yang terperangkap dek satu kejadian yang membawa dia ke dalam satu kancah perkahwinan. Kisah kekeluargaan yang ada unsur tentang poligami dan cemburu.
Kisah tentang hubungan anak dan ibu bapa dan mertua, suami dan isteri.
Secara keseluruhannya, cik azue rasa agak santai la novel ini. Bukan novel berat, sesuai untuk jiwa remaja. Macam biasa, golongan yang diketengahkan adalah dari golongan yang berada, sama ada yang lelaki, mahupun perempuan, walau di sini di tonjolkan salah seorang agak berdikari dalam kehidupan, dan tidak mengharapkan pertolongan keluarga semata. Ditonjolkan juga sikap keras kepala yang tidak akan membawa kebaikan mana pun.
Hihihi, menyampah ker ulasan macam ni? Bukan apa, kalau cerita habis, nanti penulis marah, kalian takut tak jadi beli novel pula, hanya baca diblog biasa-biasa cik azue ni jer.

Kalau dari yang tersirat, maaf la, kali ini cik azue layan kan mata ajer, tidak masuk ke dalam hati pun. Lagi pun novel ini bukan untuk usia cik azue mungkin. Seronok ceritanya, bakal buat kalian nanti rasa tak mahu letak buku berhenti. Tapi bagi diri cik azue yang dah menjangkau ke siri 4 dalam kehidupan, novel ini tidak menyentuh hati sangat. Maaf ya penulis. Tapi bukan salah penulis pun, sudah tentu targetnya bukan golongan seperti cik azue.
Lagi, lagi apa yang harus cik azue tulis? Oh ya, satu yang cik azue suka akan Hanina ini. Dia boleh membawa cik azue 'terbang' bila dia menceritakan tentang sesuatu tentang tempat pelancongan atau peranginan. Macam dalam cerita ini, diceritakan tentang keindahan Cameron Highland (cik azue tak pernah sampai okey)  dan Bandaraya Hong Kong (lagi la tak pernah mimpi akan sampai). Macam boleh terasa kita pula yang berada di sana. Wah, kelas betul. Teruskan ya cik penulis manis.

Oklah, anak-anak nak pulang dari sekolah transit. Nanti cik azue sambung dengan ulasan novel kedua pula ya. 
Wasalam


1 comment:

  1. baca SF pasti teringat dengan novel Arluna Rin Ahmad keluaran Kaki Novel

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai