Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog cik azue ini. Maaf la, gigi tu sakit sangat beberapa hari ini, jadi tidak produktif pula cik azue, asyik baring dan baring dan terbaring tidur sahaja.
Sihat sikit, ringan sikit sakitu, cik azue menyambung tugasan menyulam tanda nama sulam. Kesian pada yang menempah terpaksa tunggu lewat sikit sampainya, tapi beliau dah dapat pun tanda nama sulam tersebut. Maaf ya puan.
Baik, mari tengok tutorial serba ringkas yang sempat cik azue buat kali ini.
Langkah 1: Susunan kain / fabric untuk sediaan menyulam. Rujuk gambar atas.
Langkah 2: Design applique dimuat naik ke mesin sulam lalu hoop dan tuala (dari langkah 1) di letakkan di tempat yang sepatutnya.
Langkah 3: Permulaan applique, mesin akan membuat satu jahitan dasar ke atas susunan fabrik dalam hoop sulaman.
Langkah 4: Plastik di atas (rujuk langkah 3) dan di dalam garisan dasar dikeluarkan
Langkah 5: Selapisan fabric berwarna (cik azue guna warna merah dalam tutorial ini) di letakkan di atas garisan dasar tadi dan kemudian, mesin akan membuat sekali lagi jahitan dasar ke atas kain berwarna merah tadi. Keluarkan hoop sulaman dan lebihan kain dipotong dari tepi jahitan dasar.
Langkah 6: Hasil potongan kain mengikut jahitan dasar dari langkah 5. Kemudian, mesin akan menjahit menggunakan teknik jahitan satin ("satin stitch") dikeliling dan ke atas jahitan dasar tadi.
Langkah 7: Hasil dari jahitan satin dan bahagian buah siap dan ketika ini, warna benang sulam ditukar untuk penyediaan sulaman seterusnya.
Langkah 8: Jahitan sulaman bagi daun buah epal.
Langkah 9: Daun dah disiap sulam. Dah siap dah epal ni sebenarnya, tapi kita ada tulisan di perut epal. Sambung tukar warna benang dan mula menyulam tulisan di perut Epal
Langkah 10: Siap sudah. Saiz epal ini muat dalam hoop 4"x4"
Terima Kasih sebab sudi baca tutorial ringkas cik azue ini.
Oh jika berminat nak dapatkan imej Epal ini atau ingin menempah imej applique bagi sulaman mesin, kalian boleh menghantar email ke alamat email berikut:
1) kuazue@gmail.com (email cik azue ) atau
2) nalsur8@gmail.com (email chenta hati - CEO Keraih Lengan Kuazue)
Akhir kalam, terima kasih atas doa anda semua buat cik azue. Alhamdulillah, moga allah beri keringan buat anda juga yang sudi mendoakan cik azue. Hingga ketemu lagi
Wasalam
*************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini
http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html
Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:
wah cik azue, menarik dan mudahnya bila gunakan mesin ni kann??? tapi costing mesin tu pun mesti boleh tahan...
ReplyDeleteHaah...satu pelaburan tu walau boleh tahan harganya
DeleteBestnye klu dpt wat ni... plastik tu boleh guna plastik apa2 ke or ada yg khas.tu sulam...
ReplyDeleteKalau dapat yg khas lagi baik.
DeleteKalau tiada, mana2 plastik yang agak lembut pun boleh
Kalau dapat yg khas lagi baik.
DeleteKalau tiada, mana2 plastik yang agak lembut pun boleh
Thanks sis atas tunjuk ajar, suke baca blog sis ni..sis boleh x nk tnye, dkt hoop perlu ke letak pape supaya kain x jd longgar bile menyulam.??
ReplyDeleteTq..
Untuk hoop saya, tak perlu sebab dah ketat.
Deletetima kasih atas panduan ni. mudah faham.
ReplyDeletebolehla mencuba pada mesin nnti..
Alhamdulillah.
DeleteSemoga berhasil sulamannya nanti ya
Plastik yg khas mcm mne klu plastik bngkus mkn blh.ke
ReplyDeletePlastik khas itu orang panggil water soluble stabilizer atau ringkas dia wss
Delete