Friday, May 23, 2014

Harga Diri

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 



Salam penghulu hari buat semua. Hari ini dah pun sampai ke hari Jumaat. Begitu cepat masa berlalu dan diam tak diam, cik azue dah menghampiri 3 bulan bergelar WAHM.
Alhamdulillah, banyak yang masih perlu belajar dan dipelajari sambil-sambil mengajar.
Hidup sebagai WAHM memerlukan banyak pengorbanan sebenarnya, terutama MASA. oh tentang masa, lain kali cerita. Hari ini nak bercerita tentang harga diri.

Apa itu HARGA DIRI?


Umum tahu harga diri adalah maruah atau pun nilai individu tertentu pada pandangan dirinya sendiri mahupun dari pandangan orang sekeliling. Ianya juga boleh disimpulkan sebagai nilai kehormatan seseorang itu serta mewakili kedudukan dan kebolehan individu tersebut.

Namun apa yang ingin dikongsikan hari ini adalah Nilai Diri pada seseorang yang bergelar WAHM atau  WAHD seperti cik azue.

WAHM atau WAHD adalah individu ibu atau bapa yang bekerja dari rumah. Dalam konteks ini, keduanya pada masa sekarang ini berniaga secara MAYA atau pun secara fizikal yang berpusat dari rumah di mana sambil berusaha sambil melayan dan mengasuh orang-orang yang berada di sekeliling dalam lingkungan rumahnya.

Seorang usahawan WAHM atau WAHD haruslah berani meletakkan nilai HARGA bagi diri nya yang bekerja dari rumah.
Mengikut Irfan Khairi melalui artikelnya yang diperolehi dari email yang bertajuk;
 Berapakah nilai RM diri anda sendiri, dengan meletakkan nilai harga diri (dalam bentuk wang ringgit Malaysia) kepada diri sendiri, akan membuat kita lebih menghargai diri kita sendiri, dari segi masa yang diluangkan, usaha yang ditaburkan serta kerja yang dihasilkan.
Dengan itu, kita bukan sahaja akan lebih menghargai masa, malah memudahkan kita untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara kerana setiap waktu yang bereder, akan digunakan dengan sebaiknya berdasarkan nilai RM yang telah diperuntukkan.
Tujuan nilai diri (dalam bentuk RM) adalah bagi menjadikan kita sendiri lebih produktif. Ianya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri kita dan membuat kita lebih menghargai masa dan hasil kerja kita.
Jadi soalan yang diajukan oleh saudara IK adalah, Berapakah nilai RM yang kita letakkan pada diri kita sendiri?

Sebagai contoh, Malaysia sekarang meletakkan nilai gaji minimum sebanyak RM900 sebulan. Berdasarkan nilaian ini, kita bahagikan pula kepada 26 hari bekerja (dengan menolak hari cuti Sabtu dan Ahad) dan 8 jam waktu bekerja sehari (8 jam yang anjal bagi WAHM atau WAHD), lalu menjadikan nilai RM diri kita pada setiap jam adalah pada anggaran RM4.30 sejam.
Jadi, bayangkanlah, jika dalam tempoh sejam, kita tidak berbuat apa-apa, maka kita telah rugi sebanyak RM4.30. Itu sejam. Itu pada dasarnya nilai diri bagi seorang pekerja bukan mahir. Bagi diri WAHM atau WAHD itu sendiri, sudah tentu nilai diri menjadi lebih tinggi berdasarkan pengalaman menguruskan sesuatu perusahaan. Bayangakanlah, jika nilai diri kita berada pada RM100 per jam, jika sejam telah tidak berbuat apa-apa, maka, akan rugilah kita sebanyak rm100 itu.

Tetapi jangan pula terlalu taksub ya kawan-kawan. Biarlah berpada-pada. Bekerja lah bersungguh-sungguh pada jam yang kita telah tetapkan. Fokus pada keperluan semasa dan nilai diri ini akan menjadi sebagai kayu ukur perjalanan perusahaan bagi para WAHM atau WAHD.

Jadi, marilah kita fikir-fikirkan bagaimana hala tuju perusahaan WAHM atau WAHD ini.

Jika masih mencari jawapan bagaimana hendak bermula, ABDR ada bantuannya. Jika kita hilang fokus perusahaan kita, ABDR dapat membantu dengan memberikan kita sokongan serta membantu dalam membaik pulih kuasa fokus kita dalam perusahaan ini.
Jika anda berminat hendak tahu tentang ABDR ini atau tentang tempahan sulaman, boleh hubungi cik azue di

FB: Azuriyah Mohamad
WA: 013-2700020
Email: kuazue@blogspot.com

Akhir kalam, belajar lah meletak tanda harga pada diri sendiri dan menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.

Wasalam

1 comment:

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai