Wednesday, May 14, 2014

Segmen ADBR: Kenali Akademi Bekerja di Rumah

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ADBR

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang buat semua. Entri petang hari menjelang malam,  sementara tunggu ABANG menyulam helai-helaian terakhir. Hari ini cik azue tidak mahu menaip dan menulis tentang jahitan dan sulaman. Cik azue nak menaip tentang Akademi Bekerja Di Rumah pula. Akademi yang mana cik azue bernaung di bawahnya bagi mendapatkan sokongan setelah bergelar WAHM.

.Baik kita bermula dengan pengasas akademi itu sendiri.

Siapa Pengasas ABDR? 
•Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad. 

Dan berikut adalah catatan ringkas tentang diri beliau untuk kita lebih kenali.

•Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air. 
•Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
•Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
•Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).

Dan ini pula adalah ringkasan bagi
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
•ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
•Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 800 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
•Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
•Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
•Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
•Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Uniknya AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) "Kelas fleksibel, boleh mula bila-bila masa"
 ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk. 

Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai? 

Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat? 

Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online serta kepada mereka yang masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

Baik, itu fakta ADBR yang dibawa langsung dari ADBR. Ini fakta yang dibawa langsung oleh cik azue untuk anda.
Cikazue menyertai ADBR untuk mendapatkan sokongan emosi yang pastinya pada permulaannya. Sambil-sambil itu belajar semula cara menulis dengan betul serta dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain, berkongsi masalah dan pengalaman. Namun, yang tidak disangka, cik azue rupanya belajar sama menjadi pengurus online yang langsung tidak cik azue pedulikan sama sekali pada mulanya. Namun atas sebab merasai kelebihan apabila bergabung bersama di ADBR, cik azue mengambil prinsip "timbal balik" ADBR beri cikazue, cik azue juga beri kepada ADBR dengan memperkenalkan ADBR dikalangan anda para pembaca dan rakan rapat. Mana tahu ada juga yang masih mencari sokongan seperti cik azue ini.

Kenapa cik azue mahu berkongsi dengan anda semua tentang cerita ini. Ya cik azue sebenarnya memberi anda 'ruang di dalam peluang' yang di bawa oleh ADBR sepertimana cik azue sekarang ni merasainya. Atas dasar mencari 'ruang di dalam peluang serta memberi peluang di dalam ruang' , maka cik azue kenalkan ADBR ini kepada anda semua, rakan pengunjung blog.

Tepuk dada, tanya hati. Kenapa nak bersama akademi ini. Kerana cik azue promosi kah? Kerana mahu berubah kah? Kerana trend WAHM sekarang kah? Atau hanya anda yang tahu sebab musabab anda ingin bergabung bersama kami.

Jika anda temui sebab musababnya dan perlukan maklumat lanjut, bolehlah hubungi cik azue ya

FB; Azuriyah Mohamad
WA: 013-2700020

Hingga itu, rajin-rajin hiasi diri dengan iman dan amal ya.


Wasalam

*************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

1 comment:

  1. best jadi wahm ni, aritu dapat duit dari google macam rasa keja dengan google la pulak :) nanti nak cari produk dulu :)

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai