Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang buat semua.
Berpagi-pagi hari ini cik azue bertapa di bilik ini
Abang menyulan dan hasil sulaman |
Hajat dan amanah orang. Sudah separuh disiapkan. Tinggal lagi separuh untuk disudahkan.
Semalam malam, bilik ini bertutup rapat. Kasi peluang ABANG NV1500 untuk berehat lantaran cik azue tetiba demam panas maghribnya.
hihihi gambar ni cik azue snap sebab hantar pesanan bergambar kepada chenta hati minta beliau jangan kerja lebih masa dan pulang lewat malam, adinda sudah kepala 'ting tong!' jadi, chenta pun pulang la dengan kadar segera. Sudah makan ubat pun, alhamdulillah, hari ini, awal pagi sudah dapat bangun menjalankan tanggungjawab semula. Yang tinggal, sakit-sakit seluruh badan. Argh, nak tunduk dan lejangkan belikat pun sakit segala saraf. Penangan virus apakah ini. Menyinggah sebentar cuma, namun, kesan tinggalannya, pedih segala urat belikat, macam semalaman kerja memotong dan menebas lagaknya.
Alhamdulillah, sedikit nikmat ditarik dan sedikit hidup diuji dengan bencana badan.
Terima kasih Allah.
Sebentar lagi pada jam 3pm cik azue nak berkunjung ke rumah jiran, ada sedikit keraian atas ulangtahun kelahiran anakanda beliau. Nanti cik azue buatkan tutorial jahit sulam applique apple tu ya sebagai panduan buat semua yang berminat ingin tahu.
Oh ya, buat puan penempah, tika entri ini cik azue tulis, cik azue dah berjaya habiskan 3 warna tuala semuanya dan berbaki nanti lagi 2 warna tuala.
Hingga itu, anda semua jaga kesihatan ya.
Wasalam.
*********************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini
http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html
Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:
wahhh, bestnya pandai mjahit. sy x minat mjahit pdhl my mom + kakak + adik pandai mjahit
ReplyDeleteget well soon..
ReplyDeletepandainye menyulam.. amik tempahan ek?
Tempahan sempena hari guru yer azu...
ReplyDeletesaya pun tak berapa sihat 2 3 hari ni, tp bila cuti, masuk bilik jahit jer terus sihat hihihi
moga dikurniakan kesihatan buat cik azue
@Nour Adieb best.. kalau kita letak hati di situ.. sgt best
ReplyDelete@εïзmummyHazaεïз tq, alhamdulillah...ya saya ambil tempahan awak kecuali untuk sulam kerawang di baju kurung dan telekung
ReplyDelete@Mila@Rimbun tq mila.
ReplyDeletetempahan hari guru lah tu.. kesian plak hajat orang..ikutkan memang dah tutup...tapi tu lah kan.. dah berumur ni.. boleh plak tetiba jer demam.. tetiba jer batuk.. mmmmm moga kita sentiasa dalam redha ilahi lah mila yer.. sakit sikit tak mengapa, janji Allah redha