Saturday, April 12, 2014

Masa oh Masa!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam Kasih Sayang buat semua. 
Masa. Allah telah beri amaran tentang masa. Sebab itu masa itu penting. Jika tidak, masakan ada disebut dalam Al-Quran sebagai satu peringatan buat mereka yang mahu mengambil pengajaran


Dan hari ini, hari Sabtu 12/04/2014. Lagi sehari, genaplah sebulan cik azue melepaskan jawatan. (Sila baca sini untuk kisah terdahulu.)
Maaf, di saat cik azue berjaya meloloskan diri keluar dulu, hati menjadi tersangat walang dek hilangnya dia (maaf jangan ditanya siapa, daku sedang berusaha membina kekuatan dan menerima suratan) bersama MH370 dan seakan serasa mahu diri ini disorok juga bersama-sama. 
Hilang sudah semangat juang lantas cik azue terjatuh sakit, sakit fizikal dan jasmani. 
Arghghhh, hebat sungguh teguran yang Allah beri. Dan terima kasih Ya Allah atas teguran sekecil itu. Hidup terubah 360 darjah lagi. 
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan. Berjuang selagi hayat dikandung badan. 
Mengikut kata al kuliyah semalam, itu ujian kecil buat kita, tetapi sebenarnya, itu juga ujian yang amat besar buat mereka jika mereka ditakdirkan menemui Ilahi, kerana apa? kerana mereka tidak boleh lagi berdoa untuk segalanya, sedangkan kita ini masih mampu berdoa dan berbuat apa sahaja demi mencapai redha Ilahi. Alhamdulillah, terbuka minda. Redha dengan semuanya. Alhamdulillah atas kesempatan menonton dalam kesakitan kepala yang menyerang.
Ayuh berdoa buat kedua ibu bapa, mereka, dia dan seluruh umat didunia hari ini. Kerana hanya doa sahaja penghubung kita dengan mereka yang di alam sana yang barangkali esok lusa kita pula akan dipanggil pulang, wallahu'alam.


Oh! Maaf terpanjang mukadimah pula.
Bercerita tentang masa. Sungguh cepat masa serasa berlalu. Percaya atau tidak, menjadi seorang WAHM, kami memerlukan skil yang tinggi dalam teknik pengurusan masa dan disiplin diri. Masa 24jam yang ada harus ditadbir sebaiknya. Tanpa disiplin, angan-angan akan tinggal sebagai angan-angan, impian akan terkubur, tanggungjawab tidak terlaksana. Sudahnya akan kecundang dan menyalahkan keputusan yang sudah diambil.
Serius. Cik azue dah mengalaminya. Kelam kabut juga pada awalnya. 



Kaedahnya tidak sama dengan ketika kita sedang bercuti dari bekerja. Allah  hu rabbi. Pada ketika dua minggu awal, kiranya cik azue menghabiskan bulan baki bulan march dengan bersenang lenang sahaja. Bangun uruskan apa yang patut dan duduk sahaja mengenang nasib untung diri sendiri dan ke mana hala tuju dan sampai mana dan sampai bila.

Alhamdulillah, bermula April 2014, cik azue bangun, walau terjatuh pada mulanya dengan sedikit ujian bencana badan seperti yang dikatakan oleh prof Muhd Kamil Ibrahim, perlahan-lahan mula dan dari sini lah bermula nya episod Masa oh Masa.

Ok, apa yang terjadi, cik azue mula dengan satu jadual kerja dimana pembahagian masa harus dilakukan bagi memastikan semua perancangan berada di landasan.
Terima kasih buat cikgu dari ABDR atas tunjuk ajar. Kalau tidak tentu tidak fokus la cik azue nie dan mungkin siapa tahu kan kecundang. 

Baik, ini adalah jadual kerja (hari bekerja ya)cik azue untuk tatapan dan juga rujukan anda semua. Walau bagaimana pun, jadual ini adalah bersifat flexibel mengikut kesesuaian diri dan keadaan semasa.

5.00am -  7.00am
Jam akan berbunyi - selalunya terbabas sampai jam 5.30am atau 5.45am, tidak tahu kenapa, ujian tidur ini sangat susah. Kena mujahadah untuk bangun pada jam 4am atau 4.30am pula bermula malam nanti. Kenapa harus cuba untuk bangun pada time ini? 
1) kerana ramadhan kian menjelma, latihan untuk kita bangun sediakan sahur 
2) bagi membiasakan diri untuk bertemu dan bercinta dengan ZAT ALLAH yang diberitakan akan turun mencari hambanya yang bermunajat diketika ini.
*sedang cuba at least untuk tunjuk sujud dengan tahajjud sekurang-kurangnya*
*siapkan sarapan serta masakan untuk makan tengah hari jejaka kecik berdua dan en chenta hati*
*solat subuh dan siapkan anak-anak dan en chenta hati*

7.00am - 10.30am
sedang ketika ini, mesin basuh yang bergerak seawal bangun tidur sudah selesai tugasannya dan bolehlah kita jemur lalu mulakan aktiviti kerja2 KERAIH LENGAN KUAZUE sambil buka TV dengar siaran tertunda apa yang telah di rakam pada hari yang lalu.
* sedang cuba melazimi solat sunat dhuha dan Al mathurat pada waktu di antara jam 9.00 -9.30am*


10.30am - 12.30 tengah hari
panaskan nasi dan lauk bagi santapan anak2 yang pulang dari sekolah agama sebelum ke sekolah kebangsaan. Siapkan dan layan (marah sebenarnya.. Allah moga-moga diberi kesabaran dalam melayani dua putera ini) anak-anak sebelum mereka pergi ke sekolah sambil jeling-jeling komputer riba jika berkesempatan

12.30 - 1.30pm
*cuba untuk tidur sekejap sebelum zuhur - tapi gagal dek panggilan benda nak jahit dan komputer riba - lain kali kena off*

1.30pm - 4.30pm
Online sambil menyulam


4.30pm - 6.00pm
Siapkan makan malam


6.00pm - 8.30pm
Lipat pakaian sambil tonton tv sambil tunggu anak balik sekolah
Sapu dan lap lantai mana perlu (tabiat sapu di petang hari sebab pagi tadi beta kecahkan dengan kain dan kain-kain, hihihi)
Ulangkaji Al-Quran bersama permata hati

8.30pm -9.30pm
Tunggu dan lihat kanak-kanak siapkan kerja sekolah dan temani mereka tidur (jika chenta hati pulang lambat).

9.30pm - 11pm
Online untuk apa-apa yang perlu.

11pm - tidur (selalu terbabas- nak kena praktis lagi ni)


Itu jadual cik azue sebagai WAHM. anda pula bagaimana? tidak kiralah WAHM atau tidak, tentu anda juga at least ada jadual pembahagian masa. Sabtu dan ahad, cik azue tidak mengikat diri dengan sebarang jadual. ikut mana dan, janji mereka bahagia, cik azue boleh tarik nafas panjang sikit.

Oh ya, dari jam 9am nanti cik azue ada kelas bagpack. nanti cik azue ceritakan ya.

hingga kita ketemu lagi.

Wasalam

****************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

1 comment:

  1. wah ketat gak schedule, dinner biasa pukul 7, homework kul 8:30 macam tu. kalau keluar minum petang tu kira dinner tu :) salam hujung minggu kuazue :)

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai