Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue nak kongsikan tentang sulaman tanda nama yang cik azue usahakan secara kecil-kecilan sebagai langkah bagi menambahkan pendapatan apabila mengambil keputusan untuk bergelar seorang WAHM yang mempunyai SOHO.
Cops, sebelum kita bergerak jauh, WAHM adalah singkatan nama bagi "Working at home mom" atau Ibu yang bekerja dari rumah, manakala SOHO pula adalah "small office, home office" iaitu, suatu ruangan kecil sebagai tempat bekerja di dalam rumah. Dan WAHM dan SOHO selalunya beriringan.
Jadi sekarang ini anda sudah faham kan. Jadi, marilah kita teruskan dengan aktiviti cik azue seperti tajuk di atas tadi.
Maaf ya buat anda penyulam-penyulam yang sudah lama berkecimpung, jika anda mengikuti blog cik azue, apa yang dikongsikan di sini adalah apa yang cik azue hadapi dalam satu-satu tugasan. Harap beri tunjuk ajar mana yang tersalah silap ya.
Bagi cik azue, apabila sesuatu tempahan diterima, cik azue akan membina suatu notis bagi suatu tempahan itu dengan memberi pelanggan tersebut rujukan nombor sebut harga, yang di dalam nya terdapat nombor rujukan tempahan. Ini membuktikan bahawa tempahan itu telah cik azue terima dan hanya menunggu bayaran penuh atau bayaran pendahuluan bagi tujuan pemprosesan tempahan. Kemudian, tempahan ini akan dimasukkan ke dalam buku nota tempahan di mana dari sini cik azue menyelia status sesuatu tempahan itu.
Mengambil contoh tempahan tanda nama berikut, tempahan adalah diterima melalui email dan telah melalui proses pendaftaran tempahan seperti di nyatakan di atas tadi.
Apabila giliran tempahan ini dimasukkan ke dalam jadual penghasilan, bermula dengan proses digitizing (proses perkomputeran) yang mana imej untuk sulaman dihasilkan.
Imej tadi kemudian dihantar ke mesin sulam.
Selepas menyediakan mesin, proses sulaman akan bermula.
Sulaman yang sudah siap |
Sila lihat contoh di atas.
Sulaman menggunakan saiz frame 130mm x 180mm.
Jumlah pesanan tempahan adalah satu nama dengan 30 kepingan bersaiz 12mm x 52mm, iaitu tanda nama bagi tag beg dan pakaian untuk di jahit pada barangan anak yang dihantar ke taska.
Bagi menyiapkan proses sulaman, cik azue memerlukan jumlah pecahan masa seperti berikut:
1) 15minit pertama untuk proses penyediaan imej sulaman
2) 5 minit bagi penyediaan mesin sulaman
3) 70 minit bagi menyudahkan sulaman yang mana terdapat 48150 jumlah mata jahitan beserta 2 kali isian semula gelendung benang bawah.
4) 20 minit terakhir pula adalah bagi menyelesaikan proses sulaman sehingga menjadi kepingan-kepingan kecil seperti gambar berikut.
5) Jumlah minit bagi menyudahkan tempahan dengan nombor jualan: S/O#: KSN00056 adalah selama 110 minit bersamaan 1jam 50 minit.
Sudah selamat dipos ya puan penempah. Terima Kasih dan semoga berpuas hatilah hendaknya. |
1 jam 50 minit. Itulah masa yang cik azue gunakan bagi menyiapkan tempahan ini. Jadi, dengan penerangan ini, harap anda mendapat sedikit info tentang jumlah masa bagi satu-satu tempahan tanda nama boleh disiapkan.
Ada lagi nak ditanya dan yang anda rasa kurang paham dan perlukan lebih penerangan? anda boleh email atau komen dibawah entri ini ya.
Dan sebelum terlupa, kepada yang bertanya, gambar berikut akan menceritakan saiz antara tanda nama sekolah dengan tag nama. Sila rujuk A bagi tanda nama sekolah, dan B bagi tag nama.
Tempahan diterima sepanjang tahun dan untuk tempahan pukal, bagi menikmati harga diskaun, kami memerlukan minimum jumlah tempahan sebanyak 100 keping atau 50 set nama (mengikut yang mana capai dahulu)
Cik azue sedangkan siapkan blog bagi kerja tangan kuazue. Nanti anda tidak perlu ke page FB untuk melihat semuanya tentang hasil tangan cik azue. Suka tak? hihihi
Oklah cik azue berenti di sini dulu. Cik azue masih ingat akan janji tutorial bantal tulang ikan dahulu. Masih dalam draf dan tidak siap-siap dia. Doakan cik azue diberi kerajinan untuk menyiapkan draf tersebut.
Jika ingin bergabung bersama cik azue dalam Akademi Bekerja Di Rumah, jangan lupa untuk email/ whatsapp cik azue.
Akhir kalam, semoga hari ini lebih mendekatkan kita dengan zat Ilahi. Dan semoga entri hari ini memberi manfaat buat anda pengunjung tersayang.
Wasalam
***************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue
Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini
Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini:
No comments:
Post a Comment
Buah Fikiran anda amat cik azue hargai