IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….
Kengkawan pernah dengar orang bijak pandai kata mcm nie..”berubat lah dengan ayat2 ALLAH (Al-Quran) kerana dengan nya terdapat seribu satu penawar bagi segala jenis penyakit kecuali maut bagi orang2 yang yakin setulus hati…”
Pernah dengar tak phrase di atas?
Kalau pernah dengar… nie nak share dengan kengkawan… mak bagi kat cik azue… tinggalan mak.. suruh cik azue amal.. sbb cik azue dulu dgn masalah darah tak menentu… selalu sangat sakit kepala disebabkan kekurangan bekalan oksigen sampai ke otak…especially bila cik azue terlalu letih/penat n sakit kepala itue akan berlanjutan berhari-hari… selagi cik azue tak pulihkan tahap kecergasan cik azue.. huhuh.. nostalgila kalau diingatkan… sadis.. umpama nyawa di hujung halkum ajer…. Boleh dengar tapi tak leh respon.. boleh rasa suasana org keliling duk kecoh2.. tapi kita nak gerakkan hujung jari hatta telan air liur pun tak dapat… huhuu.. Alhamdulillah ALLAH panjangkan usia nie lagi.. harap2 itu semua menjadi pengajaran berguna wat diri nie yang selalu berbuat dosa..
Ok come back to the story… Kengkawan pernah n selalu terasa sakit kepala kan… so as tinggalan my mother..
Sila buka surah al-waqi’ah ayat ke 19… mcm nie..
Kengkawan semua harus la yakin atas kuasa ALLAH menurunkan penyakit dan menyembuhkan penyakit.. yakin dengan menghadirkan hati dengan bacaan ayat ini…
Boleh di baca pada air.. atau di tapak tangan lantas di sapu pada tempat yang sakit… jika boleh… kengkawan semua boleh mulakan dengan selawat shifa, kalau tak tahu selawat shifa, selawat biasa, AL-FATIHAH dan ayat nie.. buat la berulang kali dgn seyakin dan seikhlas hati meminta tolong dari ILAHI disamping beristighfar memohon ampun.. boleh jadi kesakitan ini berpunca dari dosa2 yang kita tak sedari… wallahu’alam….
Cik azue dah amalkan.. Alhamdulillah.. berkesan.. tapi nak bagi tau juga…bukan sekali dua buat terus hilang… make it praktis.. sbb bukan mudah nak menzahirkan hati pada suatu yang tak pasti.. bukan mudah nak ikhlaskan hati dan bukan mudah nak mengajak hati menyesali setiap perbuatan yang buruk yang zahir mahu pun batin sama ada sedar atau tidak…pendek kata… nikmat nya akan dirasai pabila AL-QURAN telah berada dihati… ahhhh payah nyer nak tulis n nyatakan.. harap kengkawan boleh la cuba dan cuba dan terus cuba.. dan doa.. doa .. dan terus berdoa….
Semoga setiap kesakitan yang kita alami menjadi kifarah bagi setiap dosa yang kita lakukan… dan semoga dengan nya kita semakin dekat dengan PENCINTA kita…Insya Allah… wallahu’alam..
~Al-Fatihah buat mak n ayah n mak da…~
Hingga ituew…
Adios hasta la vista,
Wasalam..
~kuazue mohd ~
wahhh..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ilmu ni kak zue.. =)
insyaAllah, boleh amalkan lepas nih..