السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….
Terleby dahulu…..Salam Maal Hijrah Untuk Semua… Semoga kita menjadi muslim sejati…AMIN…
mmmmm……Bila tiba bulan muharram.. memang siyok.. bulan pertama dalam bulan hijrah… tapi untuk tahun nie.. ada suka n ada duka nya …. Korang nak tau tak kenapa??
Ok… kita cerita dulu cerita suka… suka.. bila dengar nasyid 1 muharram tu.. cik azue tak yah letak kat sini lah lirik nya,.korang tentu dah hafalkan, or leh imagine cemana lagunyakan..…korang kengkawan tentu nak tahu knp cik azue suke… suke sebab… cik azue la di antara beberapa orang lagi rakan-rakan yang terlibat dengan pertandingan nasyid Maal Hijrah wat pertama kalinya diadakan… zaman tu tak hengat la rasa dalam tahun 1988 (darjah 6) nak kena cari semula sijil… tak pa.. cik azue tulis draft dulu sementara duk ingat nie… nanti senang cik azue punggah kotak kenangan n cari sijil tu n scan tunjuk mai kat kengkawan…kalau jumpa.. ada la scan sijil tu nanti kat bawah nun… kalau tak der.. tak jumpa la tuuu... update.. dah jumpa.. tahun hijrah nyer 1408... so la nie 1433.. makanyer.. nie cerita 23 tahun yg lalu... lama kan..
So kalau ada sesiapa yang terbaca entry nie dan anda juga diantara yang menjayakan pertandingan nasyid maal hijrah kali pertama nie.. meh aaa kontek semula.. menjalinkan semula silaturrahim.. tak kisah lah,.. yg masuk pertandingan peringkat sekolah, daerah, negeri or peringkat kebangsaan… buat cik azue n kengkawan satu team dari Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Batu 6, Parit Buntar, Perak (SKJB).. kami amat berbangga menjadi ahli pasukan nasyid SKJB di bawah pimpinan ustaz ZAKI besaq.. opps kami ada 2 ustaz Zaki, satu besaq, satu kecik, tapi dua2 nya ada pertalian darah… siapa pernah sekolah kat SKJB sekitar tahun itu dan sebelum nya.. pasti tahu… ok2 sambung cerita..
kami org berbangga sebab kamilah pasukan pertama SKJB yang Berjaya mewakili negeri PERAK (pertandingan peringkat negeri buat kat SMRPB Ipoh, last2 cik azue sek menengah kat situ tahun berikutnya.. tak sangka sungguh tau..) … dan seterusnya mewakili negeri PERAK ke peringkat KEBANGSAAN yang pada masa tu kali pertama lagu nie menjadi lagu tema MAAL HIJRAH sehingga lah ke hari ini..dan pada ketika itu pertandingan ini di adakan kalau tak silap ingat kat dewan muktammar PUSAT ISLAM Negara berhadapan Masjid Negara… beh sungguh la.. kerana nasyid nie la cik azue menjejakkan kaki wat pertama kali nya kat KL nie.. n kerana itu lah… mak and ayah sangat berbangga n setiap hari balik sekolah akan kena praktis depan mak n ayah (praktis kerana cik azue back up vokalis hokey).. bangga sungguh mak n ayah ketika itu pada hemat pandangan cik azue.. tentu hati mereka berbunga2 kan.. mcm mana berbunga hati kita bila anak2 dapat masuk apa2 pertandingan or persembahan kan… mmm nasib baik dulu tak canggih la.. kalau tak penuh la entry kali ni dgn gambar,.. sayang gambar tu dah hilang n ada sebahagian di makan anai2.. buruk kerana duk simpan n mak ayah ralit duk buka katup tengok gambar yg sgt kecik .. sbb cikgu pengiring tak der kamera boleh zoom in dari jauh.. huhuhu… walau tak menang (kalah sebab kumpulan kami tak cukup markah gaya reformasi or tansformasi @gerak2 susun atur atas pentas gitu)… cik azue hengat g dapat sijil.. duit sagu hati tak hengat berapa ringgit n sebuah tafsir Al-Quran yg bila cik azue balik asrama tgk adik lelaki conteng tulis Allah keliling besar2.. marah wooo.. sayang woo hadiah tu.. tapi la nie tak tau mana p sejak pindah2 nie.. rasanya mak bagi surau kut… tak pa la…
K.. tarik nafas dalam2… cerita sedih plak…
Tahun nie.. cik azue nangis.. bila RTM siarkan sikit2 lagu nie.. dalam iklan2 maal hijrah nya… tersangat lah sedih… tahun nie.. cik azue takkan leh dengar lagi mak talipon n nanyi lagu nie kat telinga cik azue lagi masa bulan muharram nie… tak leh dengar mak ulang semula cerita perasaan nya…… (hokey.. air mata bergenang masa cik azue taip nie…) peluk mak n cium mak.. AL FATIHAH untuk mak, ayah n mak Da….
KAlau kengkawan nak tahu… kalau boleh.. cik azue nak katup TV n radio bila di siarkan lagu nie.. tapi cik azue harus REDHA… sbb di telinga nie.. masih terngiang2 mak akan kata.. saban tahun hokey.. dari tahun selepas tahun pertandingan ini sampai awal tahun hijrah tahun nie.. awal tahun 1432 yang lalu.. (total tahun lebey kurang 22 tahun hokey) mak akan kata.. “tiap kali mak dengar lagu 1 muharram nie.. mak takkan boleh lupa hang p pertandingan nasyid..” lebey kurang macam tu la.. sbb cik azue tak mo ingat g.. air mata duk belagu di mata.. sob.. sob..sob…menandakan betapa dia n ayah berbangga sebab saban tahun.. ayat yg keluar adalah sama… Hokey.. cik azue dah nangis.. dah tak leh tulis lagi.. cik azue stop sini dulu na…
Di sini juga.. disertakan doa akhir n awal tahun utk semua terutama diri cik azue sendiri..
No comments:
Post a Comment
Buah Fikiran anda amat cik azue hargai