Tuesday, April 24, 2018

Adoi! Sakitnya Kepala

Entri: # 223
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

April 24, 2018

Hari ini cik azue puasa lagi.
Orang bagi nasihat, orang sakit perlu banyakkan berpuasa.

Baiklah, hari ini cik azue berpuasa lagi. Puasa kerana membayar puasa yang mana-mana tertinggal sejak cik azue sakit selama ini.

Kalau zaman muda remaja dahulu, bila mula berpuasa ramadhan, setiap tahun, pasti sakit kepala ini kan menjengah.

Sakit kepala ya hamat. Sampai boleh gelap mata nak pengsan jadinya.

Dulu, doktor pernah nasihatkan cik azue untuk puasa selang seli untuk mengelakkan dari cik azue pengsan.

Mana taknya, paras hemoglobin ketika itu selalunya berada pada paras 7 dan ke bawah. Dan sakit kepala ini selalunya terjadi dek kerana paras oksigen menjadi rendah dan kurang sampai ke otak.

Tapi sekarang ini, alhamdulillah, cik azue sudah lebih sihat berbanding dahulu.



Ini jajan buat malam ini.
Semoga sakit kepala ini berhenti sampai malam ini sahaja, kalau tidak, esok kita cuti puasa lah nampak gayanya.

Oh ya, mana yang bertanya mana cik azue menghilang? Sudah jemu berblog kah? Tak..cik azue masih sayangkan blog ini. Cuma cik azue kurang sihat fizikal dan emosi.

Nantilah cik azue sambung cerita lontar belakang itu ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

7 comments:

  1. Replies
    1. Perdu cinta. Terima kasih. Alhamdulillah. Sihat dah kepala ini

      Delete
  2. Moga Cik Azue sentiasa sihat hendaknya. Jaga diri baik2 k 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza linolie. Terima kasih. Alhamdulillah. Kepala ni elok dah Allah izin

      Delete
  3. Zumal kalau terlalu panas jadi gak sakit kepala sampai gelap mata kekadang nampak macam-macam garis warna pusing2 depan mata ni.

    ReplyDelete
  4. Semoga Cik Azue kembali sihat yer

    ReplyDelete
  5. saya amat menggalakkan puan bersedekah untuk sembuh.

    lagi kuat sakit maka lagi banyak la bersedekah..

    mana tahu tahu dengan al sebab sedekah , Allah bagi kesembuhan..

    aamiin

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai