Monday, April 30, 2018

Kumpulan Sokongan Histerektomi Malaysia

Entri: # 225
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

*ini kisah lontar belakang lagi yer*

--------------------------------------------------

November 29, 2017

Pada tarikh ini, hati semakin tidak keruan. Entah apa yang menghasut pun tidak pasti.

Di luar negara, memang sedia terdapat kumpulan sokongan ini, namun, jawapan yang dicari di sana tidak sangat menepati norma kita sebagai orang asia dan yang paling penting sekali sebagai seorang muslim.

Setelah mencari dan mencari, tanya di situ dan di sini, kumpulan sokongan ini masih tidak ditemui.



Setelah memang didapati tiada langsung kumpulan sokongan ini di Fesbuk, maka dengan sokongan ahli-ahli endometriosis Malaysia, cik azue mewujudkan 'group' ini.







Kumpulan ini masih kecil. Masih baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan. Kalian boleh temui 'group' ini di sini . Mohon jawab soalan disediakan sebelum boleh 'join' nya dan hanya perempuan sahaja akan dimasukkan ke dalam ini. 

Namun, melalui perkongsian rakan ahli, banyak ilmu diperolehi samada untuk persediaan bagi menghadapi prosedur histerektomi mahu pun bagaimana untuk mengatasi kesan menopos selepas histerektomi.

Apa itu histerektomi? Nantilah cik azue tulis, in shaa Allah.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Thursday, April 26, 2018

Endometriosis dan Supplemen Kecantikan

Entri: # 224
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

*ini kisah lontar belakang lagi yer*

------------------------------------------------------

Disember 08, 2017

Dalam Group Endometriosis Malaysia, kami ada berbincang tentang makanan tambahan atau pun supplemen yang sesuai untuk para penderita endometriosis.

Ya lah, semua wanita termasuk lelaki mahukan kulit yang cantik, wajah yang cantik, tegang serta anjal.

Namun, bagi kami penderita semua, semua supplemen ini bukan boleh sesuka hati diambil.

Ada yang boleh ambil tanpa sebarang masalah, dan kebanyakkannya pula bila mengambil, samada darjah skala kesakitan menjadi semakin teruk, atau ketumbuhan endo atau cyst atau fibroid menjadi semakin besar dan terus mendatangkan kesakitan melampau.



Kasihan kan.
Bertabah sajalah wahai diri dan rakan-rakan sekalian.
Allah tidak saja-saja menguji kita yang seringmengaku beriman ini.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 155-156:

“Dan kami pasti akan menguji kamu dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)

Pernah juga cik azue guna sabun muka atas saranan kawan, dengan niat untuk menghilangkan jeragat dan mencerahkan kulit. Namun Allah tidak izin, selepas beberapa kali guna, terus rasa sakit meneran menjadi bertambah hebat.

Pada mulanya, tidak pula terfikir, sabun muka boleh bagi kesan langsung pada sistem badan.

Berhenti beberapa hari, skala sakit kembali ke asal. Mula semula beberapa kali, sakit kembali menyengat. Sudah! Ini memang kesan dari sabun.

Bila ditanya dan dikaji semula, rupanya, di dalam sabun itu terdapatnya kolagen rumpai laut untuk efek menegangkan kulit.

Sejak dari kes itu, cik azue tidak lagi menggunakan atau memakan sebarang benda yang ada kolagen atau yang boleh beri efek tegang, ketat atau rapat.

Ini disebabkan oleh bahan-bahan tersebut menambahkan jumlah kandungan hormon wanita yang sedia kacau bilau.

Satu lagi, dulu lah..masa cik azue di diagnos mengalami DUB, cik azue pernah cuba ambil s***l*, berbiji-biji dan berwarna warni pil nya.

Ambil hari pertama, rasa lain macam, dikatanya 'healing proses'.
Ambil hari kedua, rasa semakin lain macam, dikatanya badan banyak toksik dan sila ambil air putih banyak.
Ambil hari ketiga, sangat lain macam, katanya sedang proses membongkar penyakit, tapi cik azue terus pergi ke klinik, tekanan darah sangat tinggi dengan simptom ketat dada. Terus doktor perubatan minta hentikan supplemen dan minta minum air putih banyak hingga urin jernih.

Dua minggu terus diletakkan bawah pemantauan tekanan darah walau selepas hari ke tiga, telah kembali normal.

Bila diberitahu kepada sikonsultan, katanya mahu beri supplemen paling mahal (v***k)secara FOC..sampai hari ni krik krik krik.

Tak pa lah..betul lah kata dia, cik azue tak sesuai..sejenis manusia pelik sebab rata-rata pelanggan dia yang ambil sesuai dan tanpa masalah. Hurmmm...tak mahu komen panjang lagi. Katup buku.

Berbalik kepada endometriosis ini. Tak tahu lah nak salahkan hormon mana satu; estrogen atau progestron, yang pasti, pesakit endometriosis memang paras hormon ini kacau bilau.

Selama beberapa tahun ini, cik azue tinggalkan segala yang tidak alami sebanyak mungkin bagi memungkinkan dapat hidup tanpa kesakitan.

Lantas nasihat dan pandangan cik azue pada perbincangan tempoh hari seperti berikut:



Ini pun hasil kesimpulan pembacaan selama cik azue sakit kuat. Jadi digabungkan dan cik azue usaha sebaik mungkin untuk patuh pada pendapat ini selain mengikut saranan doktor.

Terpulanglah pada individu. Masing-masing berhak atas diri masing-masing.

Cik azue dah rasa. Cukuplah 'natural beauty' kata orang. Janji tidak nampak selekeh sangat di mata orang.

Lagi pun, nak melawa sangat ni untuk apa? Macam kata encik chenta, lawa pun kalau dah tua, kerepot juga. Kalau melawa pula, boleh jamin kah hanya untuk melawa dalam rumah? Tak upload gambar ke mana-mana sosial media?

Huhuhu...padan muka cik azue kena setepuk.

Tepuk dada tanya iman.
Tepuk dada tanya kesakitan.

Kau pilih lah sendiri.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 24, 2018

Adoi! Sakitnya Kepala

Entri: # 223
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

April 24, 2018

Hari ini cik azue puasa lagi.
Orang bagi nasihat, orang sakit perlu banyakkan berpuasa.

Baiklah, hari ini cik azue berpuasa lagi. Puasa kerana membayar puasa yang mana-mana tertinggal sejak cik azue sakit selama ini.

Kalau zaman muda remaja dahulu, bila mula berpuasa ramadhan, setiap tahun, pasti sakit kepala ini kan menjengah.

Sakit kepala ya hamat. Sampai boleh gelap mata nak pengsan jadinya.

Dulu, doktor pernah nasihatkan cik azue untuk puasa selang seli untuk mengelakkan dari cik azue pengsan.

Mana taknya, paras hemoglobin ketika itu selalunya berada pada paras 7 dan ke bawah. Dan sakit kepala ini selalunya terjadi dek kerana paras oksigen menjadi rendah dan kurang sampai ke otak.

Tapi sekarang ini, alhamdulillah, cik azue sudah lebih sihat berbanding dahulu.



Ini jajan buat malam ini.
Semoga sakit kepala ini berhenti sampai malam ini sahaja, kalau tidak, esok kita cuti puasa lah nampak gayanya.

Oh ya, mana yang bertanya mana cik azue menghilang? Sudah jemu berblog kah? Tak..cik azue masih sayangkan blog ini. Cuma cik azue kurang sihat fizikal dan emosi.

Nantilah cik azue sambung cerita lontar belakang itu ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Saturday, April 14, 2018

Segmen Blogger: Saya Nak Masuk Bloglist April by S.K

Entri: # 222
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Blog S.K

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Hari ini cik azue turut serta dalam segmen blogger pula. 


Sudah lama cik azue tidak ikut serta rakan blogger macam dulu-dulu.


Jom kita memeriahkan segmen blogger S.K ini dengan klik gambar banner di bawah ini ya.





In shaa Allah, nanti cik azue sambung entri lontar belakang ya.

Wasalam

Wednesday, April 11, 2018

Periuk Tekanan Russell Taylor

Entri: # 221
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember 16, 2017

Entri ini ditulis di saat jiwa cik azue celaru, emosi tidak stabil dan mata penuh air mata.

Macam-macam di fikiran sejurus pulang dari temujanji dengan doktor Yu pada november lalu. Rasa itu terbawa-bawa hingga saat itu.





Periuk tekanan ini berkapasiti 6 liter. Hadiah dari encik chenta.

Bukan selama ini tidak ada periuk tekanan, tapi periuk lama yang encik chenta beli dulu jenis untuk dapur gas.

Mungkin kerana taraf kesihatan yang semakin tidak memuaskan, maka periuk ini dibeli bagi memudah dan menyenangkan proses memasak di saat cik azue tidak berdaya.

Terima kasih encik chenta atas sokongan dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi mahu pun terkurang.

Terima kasih juga kerana selalu sabar melayan karenah ujian kesihatan yang diberi Ilahi ini.

Oklah sampai sini dulu.

Lain masa cik azue buat ulasan periuk ini ya.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 10, 2018

Endometriosis; 'Endo Belly'

Entri: # 220
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember 14, 2017

Kali ini kami di group ENDOsisters Malaysia berkongsi gelak ketawa (sedih dan sakit sebenarnya) tentang kebuncitan perut masing-masing.



Kenapa buncit?
Samada sedia buncit dan bertambah buncit akibat peradangan sel-sel di dalam badan.

Ada di antara kami yang 'buncit' ini datang dan pergi sesuka hati samada ikut putaran haid, atau ada juga ikut suka dia bila nak jadi (kes cik azue)

Ada di antara kami 'buncit' ini kekal dan semakin membesar sejajar dengan semakin bertambah atau semakin menebalnya sel endometriosis di dalam badan.

Ada juga di antara kami 'buncit' ini hanyalah mengandungi sejenis cecair yang dipanggil ascites; iaitu pengumpulan cecair (air bisa) di dalam rongga abdomen.

Ada juga di antara kami, sejajar dengan pengembangan 'buncit' ini, terus akan alami keadaan sesak nafas, ketat dada, tidak boleh makan dek satu suap dah rasa sengkak san mengah perut.

Namun, keadaan di atas tidak bersifat kekal kecuali bagi penghidap adenomyosis, yang mana 'buncit' yang dialami akibat dari pembesaran rahim dek perbuatan penempelan sel endo di dalam jaringan dinding rahim.


Perut kita (katup muka) masa ini sangat tidak selesa. Sakit dada menyucuk-menyucuk tak kira masa.



Wakaka!

Inilah pengalaman yang tidak boleh lupa.
'Buncit' ini juga bikin nampak macam mengandung tak bersalin-salin.

Semoga selepas ini kalian tidak tersalah lagi untuk bertanya soalan 'mengandungkah' atau 'berapa bulan?' pada penderita endometriosis dan adenomyosis.
Ini soalan maut pada jiwa kami sesetengahnya, terutama yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Oh ya, selalunya, bila 'buncit' ini kami akan ambil ubat gastrik cecair putih itu. Ya magnesium trisilicate tu bagi membantu pengeluaran angin terkumpul. Selain itu, minum air halia, letak minyak panas, tungku, dan jika teruk sangat, ambil suntikan tahan sakit.

Oklah.
Sampai sini dulu. Nanti cik azue sambung cerita lagi, in shaa Allah.

posted from Bloggeroid

Monday, April 9, 2018

Bila sakit itu menyerang dan Tempahan Sulaman alas meja

Entri: # 219
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Disember , 2017



Waktu ini sakit ini menjadi semakin kuat. Tapi masih lagi cuba berkuat memandangkan target siapkan tempahan sulaman semakin mendekat.

Allah hu rabbi.
Sakit ini berada pada skala 8/10 skala kesakitan.

Esoknya (Disember 08, 2017), sakit itu masih tidak berubah pada skala yang sama. Masih lagi cuba bertahan dan buat-buat tidak sakit. Cadangnya mahu ke klinik sahaja ambil suntikan tahan sakit malam nanti lewat encik Chenta balik dari kerja.



Sudahnya ke bahagian kecemasan Hospital Selayang lagi malam itu dan mendapatkan suntikan morfin dan dibenarkan keluar beberaja jam selepas itu kerana cik azue tidak mahu masuk di wad untuk tujuan pemantauan oleh doktor perubatan.

Sama sahaja dipemikiran cik azue. Tiada apa pun yang akan dilakukan selain dibuat pengurusan kesakitan ('pain management').



Biru lebam tangan bila sering dipasang cabut branula untuk setiap kali datang untuk dapatkan suntikan ubat penahan sakit

Namun sebelum itu sempat juga cik azue berbalas mesej dengan tuan punya tempahan untuk memberi tahu bahawa tempahan itu akan menjadi agak lewat sedikit.



Terima kasih puan yang tersangat memahami keadaan kesakitan itu.

Jom kita tengok proses menyulam alas meja tersebut ('gigih sungguh tu ambil gambar dalam duk sakit sangat tu!').

Mengikut lakaran dari puan penempah kawasan yang ingin disulam.
Cik azue tanda margin untuk disuai padan dengan grid sulaman.



Proses sulaman pertama menggunakan benang hitam.


Proses sulaman kedua, menyulam 'outline' setiap huruf dengan benang putih.


Proses sulaman ke 3 dan ke 4, sulam logo dan 'outline' sudah tiada gambar kerana badan dah menggigil menahan sakit. Maaf ya.

Jom tengok hasil akhirnya pula.


Dan yang terakhir ini mesej dari puan penempah lapik meja ini. Terima kasih nah puan.


Sampai sini.
Ada kesihatan nanti cik azue sambung lagi menulis ya.
Tapi jangan marah tau, cik azue menulis versi lontar belakang dulu buat masa sekarang ini.

Wasalam.
posted from Bloggeroid

Saturday, April 7, 2018

Tukar Blog 'Header' Lagi

Entri: # 218 
Teks: Azuriyah Mohamad 
Foto: Azuriyah Mohamad 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Ambil mood menulis, kita ubah lagi rupa bentuk 'header' blog ini.
Apa kata kalian?


Al maklum lah, dalam blog ini cik azue bakal akan humban segala macam cerita, mungkin kan jadi diari online cik azue rasanya.

Oklah, nak bersiap-siap, nak keluar malam nanti. En chenta ajak keluar malam jalan-jalan beli barang dapur.

Wasalam