Thursday, December 1, 2016

Selamat Datang Rabiul Awal

Entri: #187
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Awal 01, 1438H
(01 December 2016)

Salam kasih sayang.

Hari ini sudah pun 1 Rabiul Awal. Allah, cepat betul masa berlalu. Tak boleh dah nak main-main.

Rabiul Awal dan December. Dua bulan bermakna. Maulidur Rasul dan cuti akhir tahun persekolahan.

Sibuk? Ya sangat sibuk bagi penjahit sulaman macam cik azue. Pada waktu ketika ini kami memang sedang berusaha untuk menyiapkan tempahan sulaman tanda nama. Baik untuk tempahan perseorangan mahu pun tempahan pukal sekolah-sekolah.



Macam biasa, meja kerja cik azue penuh dengan buku tempahan.

Sambil menulis butir tempahan, boleh layan lagu penaik semangat konon-kononnya. Kemudian sambung dengan aktiviti buat imej sulaman pula dan terus menyulam.

Berbalik kisah anakanda berdua. Hari ini hari ke 3 selepas berkhatan.



Semoga cepat sembuh hendaknya wahai anakanda berdua.

Oklah, cik azue nak siapkan kerja ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 30, 2016

Donut gula merah doh masam

Entri: #186
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad



Minum petang buat dua jejaka yang sedang berehat dek aktiviti berkhatan.

Tanpa telur, tanpa tenusu dan juga tanpa sebarang bahan penaik mahu pun pelembut.

Alhamdulillah. Walau masa perapan tidak cukup lama dek sejuknya bumi Rawang hari ini, donut ini menjadi juga.

Jangan terpedaya dek banyaknya kuantiti. Ini semua adalah menggunakan acuan saiz mini donut. Cukup sekali masuk terus ke mulut anakanda. In shaa Allah tiada sepahan gula.

Tatkala donut sedang digoreng, seolah-olah berbau seakan-akan sedang menggoreng peneram.

Walau usai peraman, donut berbau seakan masam, namun Masya Allah, Tabarakallah, bila dikunyah, tiada langsung rasa masam dari yis doh masam tersebut. Hebat sungguh Allah yang menjadikan kejadian.

Semoga makanan ini menjadi berkat buat tubuh badan hendaknya.

Nanti cikazue sambung lagi cerita tentang doh masam serta 'clean eating'.

Wasalam

#traveloghati
#azuriyahmohamad
#bilacikazuememasak
#mysourdoughjourney
#mycleaneatingjourney

posted from Bloggeroid

Selamat Bercuti Sekolah

Entri: #185
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 29, 1438H
(30 November 2016)


Salam kasih sayang.

Selamat bercuti buat anakanda yang bersekolah.
Selamat melayan anakanda yang bercuti buat sekalian teman alam maya.

Seronok kah bercuti? Anak-anak In shaa Allah seronok. Mak ayah pula? Ada yang gembira dan ada juga yang sebaliknya.

Pesan tuan guru, periksa balik niat kita jika ada rasa sesuatu tidak enak apabila berhubung kes ibu bapa dan anak.

Minta maaf, lama cik azue berdiam diri dari mengemaskini blog ini. Semangat hilang, tidak tahu ke mana dan sebab apa.

Sekarang ini, mari berdoa agar semangat kemaskini blog subur membara setiap hari.

Sepanjang tempoh berdiam diri, banyak juga yang telah cikazue lakukan untuk memastikan diri lebih sihat. Nanti cik azue cerita.

Untuk kali ini, cik azue nak kongsi aktiviti kami dulu sempena cuti sekolah hujung tahun ini.

Tara!


Selamat berkhatan anakanda.
Hari ini hari 2. Hari pun mendung awal pagi. Apa nak masak untuk mereka berdua ya?

Kari ikan merah lah memandangkan lukanya sudah kering. Alhamdulillah.

Oklah, cik azue nak bersiap kemas rumah. Nak cari tempat buat gantung jemuran dek langit sedang gerimis tika ini.

Hingga itu, wasalam
posted from Bloggeroid

Friday, October 21, 2016

Tempahan kembali dibuka

Entri: #184
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Muharram 19, 1438H
(21 Oktober 2016)


Salam kasih sayang.

Dengan izin Ilahi, cikazue dengan ini nak maklumkan, cik azue sudah memulakan kembali operasi menerima tempahan sulaman dan jahitan.

Terima kasih kerana sudi menghubungi cik azue ya.

Disertakan di sini sebut harga bagi sulaman tanda nama (tidak termasuk kos pengeposan dan pembungkusan) bagi tindakan kalian yang budiman.





Tempoh siap adalah bergantung kepada jumlah tempahan ditangan serta jumlah tempahan yang dihajati kalian.

Jangan lupa, cik azue juga boleh dihubungi melalui aplikasi whatsapp di no 013-2700020

Hingga itu,

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 5, 2016

Selamat Tahun Baru 1438H

Entri: # 183
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Muharram 4, 1438H
(5 Oktober 2016)

Selamat Tahun Baru Hijrah 1438.
Cepatkan masa berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar sudah setahun berlalu.

Alhamdulillah, sepanjang tidak bersiaran, banyak betul perkara kesihatan terjadi. Kami demam berjemaah sekeluarga. Sengih. Sekarang ini, yang masih MC hanyalah anakanda Haziq. Doakan kami sekeluarga kembali sihat seperti sediakala.

Alhamdulillah, hampir setahun rasanya cik azue tidak sangat mengambil sebarang tempahan sulaman dan jahitan. Sempena tahun baru ini, cik azue buka kembali kedai maya cik azue - Keraih Lengan Kuazue. Kalian boleh lah melawat nanti ke page yang tertera di kanan blog ini yer.

Mukaddimah baru baik demam ini, cik azue pulun siapkan segala perkara tertangguh dua minggu lalu.

siapkan jahit seluar hazim

baik pulih poket seluar yang koyak
Jahit kain pelikat

Sambil-sambil itu, kemam dan kunyah cik cengkih ini.
Bukan sengaja nak buat jajan, tapi dek kerana tak tahan asyik batuk-batuk  dan batuk tak berhenti, makanya, kunyah dan kemam sajalah bunga cengkih. Alhamdulillah, ada juga kurang nya.


Oklah, sampai sini dulu. Cik azue nak siapkan apa yang patut. Ada design imej sulam yang perlu dibuat. Doakan cik azue kuat ya. Terima kasih.


Wasalam

Thursday, September 15, 2016

Aplikasi WhatsApp Saya

Entri: #182
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulhijjah 13, 1437H
(15 September 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Selamat hari raya Aidiladha buat semua.
Selamat menjalani ibadah qurban bagi yang terlibat.

Cik azue nak bagi tahu, 'whatsapp' cik azue dah ok dah sekarang ini.

Tapi, yang kurang baiknya, cik azue tidak boleh muat turun balik mesej-mesej lama di situ.

Jadi, kepada kalian yang ada menghantar mesej berkaitan tempahan, mohon mesej sekali lagi ya.

Baiklah, ini nombor talian yang boleh dihubungi bagi urusan tempahan.



Oh ya, sebelum terlupa cik azue tidak menerima sebarang tempahan baru sehingga oktober 2016. Untuk kalian yang masih berminat, boleh hubungi semula bermula 1 Oktober 2016 nanti ya.

Sekian, terima kasih.

Wasalam

Azuriyah Mohamad
Penjahit Sulaman dan Seni Kreatif
9.20am

posted from Bloggeroid

Friday, September 2, 2016

Air Teh Serai Halia

Entri: #181
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 30, 1437H
(2 September 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Hari ini cik azue hendak berkongsi tentang minuman kesihatan lagi.



Dah lama tak buat teh ini.
Ya, pandai. Itu memang serai.
Ini teh namanya teh Serai Halia. Di bawah sana, ada ketulan halia yang telah diketuk. Nampak tak?

Masa cik azue ambil gambar ni, air belum bertukar warna menjadi seakan air teh O.

Fungsinya untuk ikhtiar bagi manusia yang sering sakit sendi dan urat, macam cik azue ini.

Khasiat lain, bantu mengeluarkan angin dan melawaskan sistem pencernaan dan penghadaman.

Lagi? Kata orang membantu bagi wanita yang sering alami senggugut. Juga sesuai untuk yang sering demam dan batuk.

Semua yang ditulis akan berlaku dengan izin Ilahi. Sila berdoa dan memohon restu dan redha Ilahi sebelum minum ya.


Cara buat teh (versi kurang rajin)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ambil sebatang serai dan sedikit halia tua. Cuci bersih, ketuk agak hancur dan masukkan dalam bekas tahan panas. Curahkan air baru mendidih lalu tutup bekas tersebut. Biarkan suam. Boleh ditambah madu ketika minum.

Cik azue buat minuman harian ganti air putih yang diminum. Satu hari guna sebatang ni sahaja ulang alik tuang air didih dan minum tanpa madu.

Jangan tak tahu, minuman ini juga boleh menyingkirkan lemak degil. Asbab halia tu lah. Tapi janganlah nanti letak banyak sangat halia tu. Mudarat asyik ulang alik tandas jangan nak salahkan resepi pula ya.

Biar perlahan janji ada penurunan.
Update cikazue setakat 1 minggu ambilan:
1) alhamdulillah, bengkak air (edema) pada kaki dan tangan semakin hilang
2) alhamdulillah, sakit bagai putus tangan dan kaki itu pun dah beransur pergi
3) berat? Belum timbang.

Oklah, nanti cik azue update lagi yer.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Thursday, September 1, 2016

Selamat bulan Sembilan

Entri: #180
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 29, 1437H
(1 September 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Bulan september sudah. Alhamdulillah.
Hari ini kita bermula bulan baru.
Hari ini kita bina azam baru.
Hari ini kita lupakan kisah lalu.
Hari ini kita bermula untuk memacu jati diri.

Syukur Allah atas nikmat kesihatan walau tidak seberapa berbanding setahun nan lalu.



Jom kita mula kerja jom.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 31, 2016

Merdeka!

Entri: #179
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 28, 1437H
(31 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.



Selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua.
Sudah 59 tahun bumi kita ini merdeka. Namun, merdekakah kita?


Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 30, 2016

Ber TUKAR lagi

Entri: #178
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 27, 1437H
(30 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Jangan terkejut ya. Yang bertukar adalah nama blog ini.
Dari ini,



Menjadi yang ini




Nampakkah apa yang berbeza?
Ya betul, tajuk blog saja yang berbeza.

Tetapi kenapa cik azue tukar tajuk blog?

Tak lain dan tak bukan adalah kerana di dalam blog ini tiada apa lagi yang berkaitan dengan tajuk yang lama.

Kalau ada pun nanti akan cik azue masukkan ke dalam blog khusus sulaman saja. Ya, blog yang ini



Maaf lah. Blog ini pun dah lama cik azue tak menulis. Draf bersusun tunggu masa nak buat rakaman gambar dan kemudian baru dimuat naik ke blog untuk rujukan kalian yang banyak bertanya tentang sulaman mesin. Perkongsian hasil pengalaman selama ini.

Doakan cik azue kuat dan pulih semangat agar boleh sambung menulis kembali ya.

Sampai sini dulu ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 17, 2016

Jom menjahit

Entri: #177
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 14, 1437H
(17 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Selamat Hari Rabu. Minggu ini anakanda berdua ada ujian penilaian di sekolah agama. Semoga kalian dan anak-anak yang lain dapat menjawap soalan ujian sebaiknya.

Minggu depan katanya, peperiksaan UPSR akan bermula. Semoga berjaya dan semoga Allah memudahkan urusan kalian anak-anak darjah 6 tahun ini semuanya.

Berbalik cerita diri sendiri. Tak banyak sangat cerita ceriti yang menarik untuk berkongsi bersama selain aktiviti harian semenjak bergelar penderita kesakitan adenomyosis dan endimetriosis ini.

Hari-hari pasti ada pil penahan sakit sebagai peneman. Naik jemu dah nak tengok apatah lagi nak telan. Walau pun pil ini bukan untuk menyembuhkan, ia hanya bertindak untuk memberi sedikit kelegaan dengan membuat kita tidur dan tidur dan tidur.



Oh sungguh umpama macam tiada kehidupan jadinya. Apa pun, syukur, masih diberi nyawa oleh Ilahi untuk terus mengabdikan diri sebagai hambanya.

Jom kita lupakan kisah sakit dan ubat itu.
Hari ini cik azue bercita-cita untuk habiskan menjahit baju-baju maxi tempoh hari. Kalau bukan semua pun, sekurang-kurangnya sehelai pun jadilah.

Apa lagi,
بسم الله الرحمن الرحيم



Semoga Allah memudahkan urusan disebalik rasa senak dan perit yang semakin kuat memakan diri.

Oh ya, esok 18 Ogos kan.
Esok cik azue akan jumpa doktor pakar balik. Kalau ikut temujanji yang lalu, temujanji kali ini akan berbincang samada untuk teruskan dengan pilihan pembedahan atau sebaliknya.



Allah Ar Rahman Ar Rahim, Kau permudahkanlah segala yang sulit.

Nanti esok cik azue cerita ya.

Hingga itu, Wasalam
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 16, 2016

Alhamdulillah, siap sudah.

Entri: #176
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Alhamdulillah.
Sekarang kena cari masa untuk seterika dan potong blok ini ikut saiz yang sekata.

Jumlah keseluruhan blok tampal cantum yang telah siap dijahit adalah sebanyak 244 keping yang bakal nanti akan dijahit cantum semula mengikut baris demi baris.

Nanti cik azue kongsikan lagi.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Jom Sedekah SENYUMAN

Entri: #175
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 13, 1437H
(16 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Jom senyum walau apa pun keadaan yang melanda diri kita tika saat ini.




Wasalam

posted from Bloggeroid

Monday, August 15, 2016

Bagaimanakah kesakitan akibat gabungan endometriosis dan adenomyosis

Entri: #174
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ada orang bertanyakan cik azue, sakit sangatkah sakit ini hingga menyebabkan cik azue menghilangkan diri seketika waktu yang lalu?

Macam mana hendak diberitahu ya.
Mungkin pada sesetengah orang, sakit mereka hanya dideritai pada ketika seminggu sebelum, seminggu selepas dan ketika sedang haid.

Ada pula orang yang menderita tidak sahaja pada waktu dinyatakan di atas, malahan sakit juga pada ketika tempoh ovulasi berlaku.

Dan bagi penderita tahap 'severe stage', sakit yang dirasai adalah pada setiap hari.
Alhamdulillah, cik azue juga tiba-tiba termasuk dalam kategori ini.

Soalannya, SAKIT SANGAT KAH?

Alhamdulillah, ini jawapannya.



Pada saat entri ini ditulis, sakit ini umpama kembar siam sudah. Nak buang angin pun sakit, apatah lagi nak mengqadho hajat. Sengih!

Kawan, entri ini cik azue tulis bukan untuk menagih simpati mahupun empati. Cik azue menulis sebagai menyahut panggilan untuk memberi kesedaran kepada para wanita dan lelaki yang sudi membaca.

Jangan pandang enteng pada kesakitan ketika haid atau senggugut.
Jangan pandang sebelah mata jika selalu keguguran
Jangan pandang biasa jika darah haid keluar luar biasa banyak dan berketul-ketul.

Cik azue tidak pernah langsung sambil lewa akan masalah kesihatan. Cik azue cuma terlewat mendapat diagnos sebenar dari doktor berpengalaman. Cik azue hanya mendapat tahu apabila keadaan sudah berada di tahap 'severe'. Alhamdulillah.

Sakit ini masih belum berjumpa rawatannya. Penderita hanya diberikan terapi untuk mencetus keadaan putus haid sementara bagi mengawal keadaan. Sakit ini juga belum dikenalpasti punca kenapa terjadi.

Doakan cik azue kuat untuk menerima teguran Ilahi melalui ujian kesakitan ini.
Kadangkala, bila keadaan sangat-sangat menyakitkan, memang rasa macam tak mahu jumpa sesiapa.

Cuba bayangkan bagi kalian yang pernah bersalin normal. Mampukah kalian nak menghadap tetamu bilamana rasa diri nak meneran bersalin dan mahu berguling-guling dek kejungnya kekejangan rahem?



"Allah, ampunkan daku jika hati ini pernah tidak sabar dalam menghadapi jentikan kasih sayangmu ini."


Hingga bertemu lagi, Wasalam

posted from Bloggeroid

Serabai kuih, serabai diri

Entri: #173
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 12, 1437H
(15 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang. Isnin kembali bertandang. Diharap kalian sihat selalu hendaknya




Gambar di atas, dinamakan kuih serabai. Kalau di Pulau Pinang, terutama di gerai Pasar Taman Tun Sardon, Gelugur, ia dimakan bersama kaya.

Sedap. Nikmat bagi yang pernah merasa. Tapi kali ini cik azue buat serabai cicah dengan kuah durian.

Bagi yang pertama kali tahu akan kuih ini, kuih ini seakan apam nasi versi bakar atas dapur gas.

Kaedah pembuatannya pun ada dua. Satu hanya menggunakan tepung beras dan tepung gandum manakala yang satu lagi menggunakan tepung beras dengan lebihan nasi.

Lain kali cik azue tulis resepinya ya.



Ini acuan serabai. Kalau nak masak lempeng pun boleh juga. Nanti kita cuba ya.
Acuan ini semasa cik azue beli berharga RM10.90 di kedai bernama 'Pasaraya Cowboy' Bandar Temerloh, Pahang. Lama sudah dalam simpanan dek hambatan rasa sakit perut, lalu hanya kali ini baru berkesempatan untuk mencubanya.



Ini kejadian bilamana adunan dimasukkan ke dalam acuan. Guna dapur gas sahaja dan ketika masak, perlulah ditutup dengan tudung periuk ya.

Oklah, nanti sambung.
Cik azue rasa perut bagai kena torehan sekarang ini.

Hingga itu, wasalam
posted from Bloggeroid

Friday, August 12, 2016

Masih belum siap...

Entri: #172
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 9, 1437H
(12 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.



Sikit lagi berbaki kain-kain yang hendak dijahit cantum menjadikannya satu blok.

Lama sungguh tapi tetap belum siap-siap juga blok tampal cantum ini.

Hari ini cik azue kurang semangat sikit. Mungkin gejala sakit ini sedang memakan diri.

Hingga itu, wasalam

posted from Bloggeroid

Thursday, August 11, 2016

Jom Berkemas - Bab 1

Entri: #171
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 8, 1437H
(11 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Selamat pagi semua.
Ambil kesempatan atas nikmat cerahnya mentari hari ini.



Kita sidai 'tipuware' barang sejam dua atas bonet cik hitam. Harap sang angin bertiup sepoi-sepoi sahajalah hendaknya.

Hari ini anakanda Haziq ( #sangputerakedua ) sudah mula bersekolah kembali ke sekolah agama. Tengok nanti macam mana untuk sesi petang, boleh atau tidak.

Oklah, jom kita sambung aktiviti jahitan sekejap sementara tunggu sesi persekolahan pagi berakhir.

#azuriyahmohamad
#ini_cerita_kami
#susun #susunatur

posted from Bloggeroid

Thursday, August 4, 2016

'Track bottom' oh 'track bottom'

Entri: #170
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Cik azue ada masalah dengan seluar jenis ini. Kalian tahukan kain untuk seluar sukan atau 'track bottom' kain dia macam mana kan. Ini bukan masalah untuk menjahit atau menyulam. Ini masalah macam mana cara terbaik untuk mengitar semula longgokan seluar sukan yang dah terkoyak serta mengecil.

Ada cadangan tak? Jangan cadangkan untuk didermakan sudahlah sebab langsung tak sesuai dek kerana koyak di lutut dan celak kelangkang. Maklumlah, anak teruna tengah aktif yang memakainya.

Cadang dihati, nak tukarkan menjadi badan bantal hiasan atau kusyen anak bulus. Tapi jika kalian ada idea lagi bernas, lagi bagus. Marilah kita berkongsi pandangan.

Oklah, sampai sini dulu ya. Projek menjahit baju semalam terhenti pula nampaknya.
Harap tidak terhenti lamalah. Tak sabar nak mula menjahit.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Kayap ('Zoster') dan Sakit Kepala

Entri: #169
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Zulkaedah 1, 1437H
(4 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Hari ini lambat bersiaran.
Cik azue kembali dihambat gejala sakit kepala. Harap kali ini Allah tidak menduga sehingga tidak boleh nak angkat kepala.

Sang putera kedua pula diuji dengan kayap atau 'zoster'.
Baru balik klinik sebenarnya ni. Bertabahlah wahai anakanda ya.


Oklah, nanti cik azue cerita panjang ya tentang kayap ini. Mahu selesaikan satu dua perkara lagi.


Wasalam

posted from Bloggeroid

Wednesday, August 3, 2016

Harta Karut, Harta Lapuk, Harta Tersepuk

Entri: #168
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Malam ini kisah koleksi kain bersambung.
Rentetan kisah berkemas itu harikan, maka terjumpalah segala harta yang kunonnya dibeli sebab nak menjahit untuk diri sendiri, hendak berjimat alkisahnya.



Ini sebenarnya adalah kain-kain yang sepatutnya lama dulu sudah bertukar menjadi pelapik seluar dalam serta tuala wanita. Tetapi macam mana boleh tidak terpotong dan terjahit pun tidaklah dapat cik azue kenalpasti.

Ya, ini pun dikategorikan dalam harta lapuk juga. Beli ketika ada masalah haid selepas keguguran beberapa tahun nan lalu.

In shaa Allah, nanti cik azue akan jahit juga. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, mungkin untuk dihadiahkan buat adik, kakak dan anak saudara serta kenalan rapat.

Kalian doakan cik azue dapat bertahan yer dan dapat menjahit dan menyulam seperti selalu.

Sampai sini dulu ya.
Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Dalam proses

Entri: #167
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Sebenarnya, dah bertahun-tahun kain-kain terpotong ini kekal dalam status "dalam proses".

Kain rm10 untuk 4meter ini dibeli di Jalan Tar Kuala Lumpur sebelum dan selepas musim perayaan.

Dari masih bekerja bermajikan (dengan alasan tak menyempat) hinggalah sekarang ini barulah dapat mengadap. Ini pun sebab tahap bosan melampau tinggi dek tidak dapat buat apa-apa selain daripada tidur.

Tadi, buka balik bungkusan yang sedia ada dan terjumpa kain-kain yang sudah siap terpotong dan separuh daripadanya sudah pun dijahit tepi. Siap ada 'lining' lagi bagi setiap helai.

Oh ya, projek apa ya?
Kalau tak silap, ini projek baju 'maxi' atau gaun panjang. Untuk diri sendiri buat dipakai hari-hari sebagai baju basahan.

Oklah, kekejangan perut ini makin menjadi-jadi.
Nanti kita bersambung lagi.

Wasalam

#azuriyahmohamad
#ini_cerita_kami
#hikayatsangratu
#ratukematu
#workinprogres

posted from Bloggeroid

Cabaran Ogos ABDR

Entri: #166
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 29, 1437H
(3 Ogos 2016)

Salam kasih sayang.

Hari ini nak cerita tentang cabaran Ogos yang dibuat oleh cikgu Anys (Akademi Bekerja di Rumah - ABDR) di kelas beliau.



Sejajar dengan aspirasi cik azue nak mengaktifkan diri balik diblog kesayangan ini, elok sangatlah cikgu buka cabaran buat pemangkin semangat kami semua anak didik. Terima kasih cikgu.

Jadi, mohon doa kalian agar cik azue kuat dan boleh menulis setiap hari.

Oklah, sampai sini dulu.
Cik azue dari semalam kejung perut ini.

Kepada yang bertanya cik azue tentang gejala penyakit yang cik azue deritai ini, nanti cik azue tulis ya.

Buat masa sekarang, makan ubat dan cuba untuk tidur agar darjah kesakitan semakin berkurangan.

Hingga itu, wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 2, 2016

Sakit Puan: Endometriosis dan Adenomyosis

Entri: #165
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Apa itu Endometriosis (endo) dan apakah pula Adenomyosis (adeno) itu?

Ni cik azue tulis mengikut apa yang doktor pakar sakit puan beritahu ya.

Endometriosis terjadi bila mana sel endometrium (lapisan yang patut keluar sebagai haid) telah tertumbuh ditempat diluar daripada rahem.

Cyst dan fibroid juga merupakan gejala endometriosis, namun ada juga pesakit tidak mempunyai cyst dan fibroid (cik azue lah tu).

Adenomyosis pula terjadi apabila sel endometrium itu telah tertumbuh masuk ke dalam jaringan otot rahem. Selalunya penderita adenomyosis adalah wanita yang pernah melahirkan atau pernah mengalami trauma pada dinding rahem seperti pernah menjalani prosedur Czer dan lain-lain operasi.

Adenomyosis juga adalah peringkat lanjutan bagi penderita endometriosis.

Kenapa ini terjadi? Masih dikaji. Ya pakar masih mengkaji. Dan hampir kesemua pesakit mempunyai sejarah rahem terbalik atau 'retroverted uterus'.

Gejala umum penyakit endo: sakit perut ketika sebelum, semasa atau selepas haid yang melampau.

Gejala umum adeno: penurunan darah haid berpanjangan dan melampau banyak. Boleh juga seiring dengan rasa sakit perut / kekejangan seperti saat melahirkan / kontraksi kelahiran

Gejala sakit kronik: sakit perut /kekejangan / kontraksi berterusan dengan atau tanpa haid setiap hari.

Rawatan: terapi hormon, terapi ubat penahan sakit atau buang rahem (kes kronik).

Penyembuhan : kawalan sakit sahaja dengan pil penahan sakit atau prosedur buang rahem.

Sekian.
Sila tambah info jika ada yang tertinggal.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Ke manakah Cik Azue menghilang (bahagian 1)

Entri: #164
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 28, 1437H
(2 Ogos 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang masih sudi bertandang.

Maaflah, tiba-tiba sepi balik blog ini. Lebih kurang 10 hari jugalah tiba-tiba blog ini sunyi sepi.

Cik azue tidak ke mana. Hanya terlantar kat rumah melayan rawan sakitnya perut.
Makan ubat dan tidur.



Pil tramadol itu diambil hanya ketika sangat-sangat sakit.
Bila diambil, dalam jangkamasa 15 minit sahaja, terus pernafasan seolah-olah menjadi perlahan dan lepas itu, hanyut ke alam mana pun tak tahu.

Pertama kali doktor mulakan rawatan ubat ini di wad hospital, terasa macam "apakah hayatku akan berakhir di sini?"

Ngerikan. Tapi masa itu ada pantauan doktor dan jururawat. Ubat pula dimasukkan melalui salur darah. Sekarang ini, di rumah, hanya pil 50mg bila perlu.

Semoga cepat hari kesakitan ini berlalu. Banyak sungguh tertinggal sejak setahun dijengah dengan penyakit ini.

Nanti cik azue sambung lagi apa pula kata doktor di pertemuan bulan 4 yang lalu.


Hingga itu, Wasalam

posted from Bloggeroid

HUBUNGI SAYA

Entri: MELEKAT
(sila skrol ke bawah untuk entri terkini)

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh rujuk ke link BERIKUT

Friday, July 22, 2016

Macam mana nak berhubung

Entri: #163
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



Rakan-rakan yang mengikuti IG cik azue mesti dah jumpa notis ini kan.

Hari ini cik azue kongsikan di blog sini pula.

Bagi yang berhajat, kalian boleh berhubung melalui saluran-saluran berikut.

PM di fanpage Keraih Lengan Kuazue


Atau PM fanpage Selimut Mak Tok


Atau DM instagram Keraih Lengan Kuazue


Atau DM instagram cik azue sendiri


Tapi maaflah. IG personal cik azue tu 'private' sebab di situ tempat cik azue 'spam' gambar kenangan dan luahan hati sebelum cik azue tukar menjadi entri blog.

Kalau sudi nak 'follow' silalah.

Selain di atas, kalian boleh juga email cik azue ya.

Untuk tempahan, bertanya khabar dan lain-lain. Kalau boleh, jangan telefon ya. Terima kasih.

Oklah, sampai sini saja.

Oh fesbuk? Cik azue tak mahu berfesbuk personal sekarang ini. Lebih suka IG dan blog sahaja.

Selamat malam kesayangan.
Semoga tidur kita menjadi ibadah juga.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Sudut Menjahit Saya

Entri: #162
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Sejak kurang kesihatan, sudut ini sangatlah terbiar. Langsung dipandang sepi sebab tiada hati nak menjahit pun.
Sudahnya jadi tempat longgokkan barangan sahaja.

Nak tengok?
Jangan kata apa-apa ya. Janji!

Tara


Huduh sungguhkan!

Disebabkan mata yang semakin sakit, cik azue pun memulakan projek. Paksa en chenta pasang rak yang sudah setahun dibeli ke dinding di situ. Lega! Akhirnya, en chenta berjaya siapkan pelekatan rak ke dinding.

Esoknya, baru cik azue mula menyusun. Hari pertama, susun sikit sahaja, terus tidur sepetang.
Malam itu doa banyak-banyak moga perut dan tangan dapat beri kerjasama (dengan izin Ilahi) untuk sudahkan kerja mengemas esok hari.



Dan alhamdulillah siap. Jadilah ya. Sudut saja pun kan. Tapi bila dah susun begini, wah banyak juga ya kerja sedang menanti.

Jom semak ikut nombor di gambar tadi:

1 - perca untuk hexies
2 - perca untuk selimut tampal cantum
3 - kain sekayu untuk projek telekung wakaf
4 - WIP jubah dah potong dan belum potong
5 - WIP baju sendiri dan anak dan selimut (bawah sekali - cikgu Az punya)
6 - WIP alter skirt kita. Kasi lebih labuh

Ketika entri ini cik azue tulis, tugasan di nombor 6 sudah siap. Tugasan 5, belum siap sebab tangan tak boleh tetas jahitan dengan cepat dan ada selingan buat kuih tradisional (kes teringin dan nak beli tak jumpa orang buat) serta sakit perut terguling.

Jom imbas gambar sebelum dan selepas.


Hahahaha. Macam-macamla cik azue oii!

Tempahan? Belum terima ya. Kasi peluang bermalas-malasan hingga selesai masalah perut ini.

Nanti-nanti cik azue nak label bekas kat rak itu supaya encik abah tak tertanya-tanya bila dia mula menekan pedal en Jack di situ.

Oklah, jom siap sedia nak maghrib.
Selamat berbuka buat yang berpuasa dan selamat menunaikan ibadah buat semua.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Thursday, July 21, 2016

Selamat Hari Raya

Entri: #161
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Syawal 16, 1437H.
(21 Julai 2015)

Lambat siaran.
Sebelum terlupa, selamat hari raya.
Lama sungguh tak kemaskini blog ini. Minta maaf, cik azue kurang kesihatan akhir-akhir ini, alhamdulillah.
.
Petang ni masak lagi bahan berasaskan rempah KARI buat sang arjuna anak pertama, walau perut masih terasa kejungnya. Ikutkan hati anakanda, kalau boleh, hari-hari mahu KARI!
"What a Life!". Sengih lebar.



Tapi itu sajalah kesukaan dia. Masak kari sahaja, bertambah pinggan lah makannya.

Oh bakal menantu daku, sila lah belajar masak KARI jika berkenan sang arjuna beta ini.

Oklah, 'In the making', dalca ayam kononnya.
Doakan cik azue dapat masak sebaiknya ya.

Nebes, sebab selalu masak macam tak jadi saja kekdahnya macam mak selalu buat.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Sunday, March 27, 2016

Catatan Hari yang ke 271

Entri: #160
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir, 18, 1437H
(27 March 2016)

Semalam cik azue tidak langsung update status kesihatan kan.



Sebenarnya, semalam (Sabtu, 26 Mac) cik azue dan en chenta hati di serang demam.

Demam hingga gigil rasanya badan dengan sakit segala sendi walaupun suhu badan cik azue hanya mencecah 37.4 darjah.


En chenta pun sama.
Demam yang dalam sekitar julat suhu yang sama seperti cik azue, sakit segala sendi serta ditambah dengan aktiviti cirit birit.
Tak kemana-mana kami berdua, terbaring terlepek.

Sudahnya, kenduri doa selamat serta cukur jambul anak jiran hanya anakanda berdua tu sahaja mewakili kami.

Malamnya en chenta rasa dah sedikit kuat untuk bawa kereta dan pergi cari ubat deman dan selsema cik azue.

Hari ini, alhamdulillah, sihat sikit awal pagi tetapi menjelang tengah hari, tumbang balik cik azue. Suara pun dah bertukar sekarang ini.

Tentang sakit perut itu, masih lagi sesekali sakit menjenguk pada skala 6, tetapi dek kerana dalam badan dah ada ubat demam, jadi kurang sikit terasa sakit perut itu.

Sampai sini dulu, In shaa Allah, esok sambung lagi.

Wasalam

~Azuriyah Mohamad @ 9.55pm~
posted from Bloggeroid

Tempahan Sulaman Tanda Nama

Entri: #159
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Jamadil Akhir, 18, 1437H
(27 March 2016)

Salam kasih sayang.
Hari ini cik azue maklumkan tentang harga baru bagi tempahan sulaman tanda nama atau pun tempahan sulam nametag.





Ini terpaksalah dilakukan memandangkan hampir 100% kos bahan termasuk elektrik telah naik. Makanya, suka atau tidak, terpaksalah pihak cik azue menaikkan harga tempahan bagi menampung kos tersebut.
Jangan serik yer dan berharap sangat kalian memahami.

Jom tengok pula tempahan kecilan sepanjang minggu. Terima kasih kerana memahami situasi cik azue yang tidak seberapa sihat kebelakangan ini.







Alhamdulillah. Selamat di pos dan di ambil oleh tuan punya tanda nama.
Yang berminat nak menempah, boleh WA ke no 013-2700020 yer.
Yang ada mesin sulam dan berminat nak belajar secara online pun boleh WA. In shaa Allah cik azue bantu setakat mampu.

Oklah sampai sini dulu.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue, terima kasih.

Wasalam.

~Azuriyah Mohamad @ 1.35pm~
posted from Bloggeroid