Monday, August 15, 2016

Bagaimanakah kesakitan akibat gabungan endometriosis dan adenomyosis

Entri: #174
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ada orang bertanyakan cik azue, sakit sangatkah sakit ini hingga menyebabkan cik azue menghilangkan diri seketika waktu yang lalu?

Macam mana hendak diberitahu ya.
Mungkin pada sesetengah orang, sakit mereka hanya dideritai pada ketika seminggu sebelum, seminggu selepas dan ketika sedang haid.

Ada pula orang yang menderita tidak sahaja pada waktu dinyatakan di atas, malahan sakit juga pada ketika tempoh ovulasi berlaku.

Dan bagi penderita tahap 'severe stage', sakit yang dirasai adalah pada setiap hari.
Alhamdulillah, cik azue juga tiba-tiba termasuk dalam kategori ini.

Soalannya, SAKIT SANGAT KAH?

Alhamdulillah, ini jawapannya.



Pada saat entri ini ditulis, sakit ini umpama kembar siam sudah. Nak buang angin pun sakit, apatah lagi nak mengqadho hajat. Sengih!

Kawan, entri ini cik azue tulis bukan untuk menagih simpati mahupun empati. Cik azue menulis sebagai menyahut panggilan untuk memberi kesedaran kepada para wanita dan lelaki yang sudi membaca.

Jangan pandang enteng pada kesakitan ketika haid atau senggugut.
Jangan pandang sebelah mata jika selalu keguguran
Jangan pandang biasa jika darah haid keluar luar biasa banyak dan berketul-ketul.

Cik azue tidak pernah langsung sambil lewa akan masalah kesihatan. Cik azue cuma terlewat mendapat diagnos sebenar dari doktor berpengalaman. Cik azue hanya mendapat tahu apabila keadaan sudah berada di tahap 'severe'. Alhamdulillah.

Sakit ini masih belum berjumpa rawatannya. Penderita hanya diberikan terapi untuk mencetus keadaan putus haid sementara bagi mengawal keadaan. Sakit ini juga belum dikenalpasti punca kenapa terjadi.

Doakan cik azue kuat untuk menerima teguran Ilahi melalui ujian kesakitan ini.
Kadangkala, bila keadaan sangat-sangat menyakitkan, memang rasa macam tak mahu jumpa sesiapa.

Cuba bayangkan bagi kalian yang pernah bersalin normal. Mampukah kalian nak menghadap tetamu bilamana rasa diri nak meneran bersalin dan mahu berguling-guling dek kejungnya kekejangan rahem?



"Allah, ampunkan daku jika hati ini pernah tidak sabar dalam menghadapi jentikan kasih sayangmu ini."


Hingga bertemu lagi, Wasalam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai