Saturday, January 30, 2016

Siaran khas

Entri: #151
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rabiul Akhir 20, 1437H
(30 January 2016)

Salam kasih sayang buat kalian yang sudi bertandang.

Bersiaran dari bilik sementara ni lagi.


Alhamdulillah.
Dapat hirup udara, bernafas, bernyawa lagi.
Alhamdulillah, sakit perut itu macam dah kurang, cuma yang tinggal sakit kepala lah pula.

Entah kenapa sakit kepala ini macam tidak mahu berlalu pergi buat seketika ini. Tak mengapa lah. Kita buat tak tahu sahaja pada sakit di kepala itu.

Jom tengok sarapan pagi cik azue.


Nasi goreng ikan masin dan secawan air suam bersama sepeket susu untuk dibancuh sendiri.

Alhamdulillah.
Boleh lah telan walau tidak menepati tekak cik azue. Macam terlebih masin pun ada. Tidak mengapalah, makan saja setskat mampu tekak menelannya.
Terima kasih ya buat kalian yang memasak dan yang menyediakan hidangan ini hingga ke katil cik azue.

Oh ya apa lagi nak cerita?
Tadi ada segerombolan 4 orang anak muda tahun 5 (akhir) jurusan perubatan temuduga kisah sakit cik azue.
Belajar baik-baik ya anak muda agar Allah kurniakan kamu orang menjadi para doktor muslim/muslimah yang diredhai Nya.

Oklah.
Ubat dah jalan. Kepala dah ting tong. Cik azue mahu beradu kembali.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue. Terima kasih.

Wasalam

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Ya Allah, moga cepat sembuh cik azue, napa ni adoi duk tanya orNg sakit pula,memang terkejut cik azue di hospital. Tenangkan fikiran.. berehat sebetulnya, berdoa ok dear , doa nabi ayub inshaAllah

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai