Friday, March 6, 2015

Tip Memilih Mesin Jahit Sulaman

Entri: # 127
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang. Kali ini cik azue menulis tentang bagaimana hendak memilih mesin jahit sulaman yang banyak terdapat dipasaran sekarang ini berdasarkan pengalaman cik azue.




Gambar adalah mesin jahit sulaman cik azue. Alhamdulillah. Sudah lama berjasa buat cik azue. 
Mesin ini berjenama Brother, model NV1500.

Kenapa cik azue memilih model ini dari banyak-banyak model mesin sulaman yang ada adalah kerana 

1) mesin ini bersifat dwi fungsi - boleh bertindak sebagai mesin jahit biasa, atau sebagai mesin jahit sulaman.

2) masa cik azue beli, lebih kepada bagi memenuhi keperluan hobi dan bukan untuk menjana kewangan, tetapi Alhamdulillah, sekarang ini sedikit sebanyak membantu menjana kewangan apabila cik azue mula fokus bekerja dari rumah.
Sekarang sedang berfikir dan mengumpul dana bagi mengembangkan karya.

3) mesin ini boleh juga menjahit quilt - sejenis jahitan yang diguna pakai apabila kita menjahit selimut tebal.

4) mesin ini dari segi sulaman, ianya mempunyai luas kawasan sulaman yang besar, iaitu sebesar 160mm x 260mm.
Jadi jika cik azue menjahit sulaman yang bersaiz besar, ianya akan menjadi lebih mudah kerana luas kawasan yang besar seperti menjahit sulaman tampal hias bantal 'Tigger' dan Awul ini.



5) Budget Kewangan - Mesin ini berada dalam budget kewangan cik azue.


Jadi sebagai kesimpulan entri kali ini, bagi kalian yang bertanya bagaimana nak memilih mesin jahit sulaman yang bersesuaian dengan diri masing-masing adalah seperti berikut.

1) Kenalpasti skop kerja sulaman yang kalian mahu lakukan. Semakin hebat spesifikasi sesuatu mesin itu, semakin tinggilah harga RM yang ditawarkan.

2) Budget RM yang kalian miliki.



Nasihat cik azue pula bagi kalian yang baru berjinak dengan bisnes menjahit sulaman ini. 

1) Jangan terpedaya dengan kehebatan 'gadget'. Pilihlah yang bersesuaian dengan skop kerja dan budget RM kalian.

2) Hebat atau secanggih mana pun mesin yang kalian ada belum tentu menjamin kehebatan berkarya jika tidak kena dengan caranya

3) Pilihlah mesin yang jika boleh menawarkan kelas pengendalian atau perisian memproses imej sulaman semasa membuat bayaran supaya mendapat sedikit sebanyak penjimatan kerana bisnes sulaman ini memerlukan modal yang agak besar dari segi aset permulaannya.

4) Jika boleh, elakkan berhutang bagi pembelian aset, kerana bayaran tunai lebih menjimatkan.



Nampaknya sampai sini dulu ya. Jika ada sebarang cadangan atau penambah baikan (terutama dari kawan-kawan sealiran menyulam) bolehlah komen bagi manfaat kita bersama.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak ilmu buat kalian yang baru hendak menceburi bidang ini.
Nanti cik azue berkongsi dengan kalian senarai kenalan yang mengusahakan jualan mesin sulam serta kelas dan jualan imej sulaman ya.

Hingga itu, terima kasih atas sokongan kalian.
Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

5 comments:

  1. nur_sumayyah, saya beli mesin ni dah lama, dulu harganya cecah rm15K termasuk software sulaman.

    ReplyDelete
  2. Macam mana servis mesin ni? Boleh ke hantar servis dekat tempat servis mesin biasa Cik azue?

    ReplyDelete
  3. salam asilah ila

    selalunya saya hantar mesin ini servis di HQ Brother di Petaling jaya.

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai