Friday, March 20, 2015

Berhujung Minggu di Felda Sebertak, Pahang

Entri: # 128
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: KUAZUE MOHD

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih Sayang.
Mac sudah memasuki 10 hari terakhir. Cepat betul masa berlalu. Sedar tidak sedar banyak sungguh perkara yang telah berlaku, telah terjadi.

Entri kali ini kita lari sikit dari 'niche' blog ya. 
Entri berkisar kehidupan dan kehidupan harian seorang WAHM.

Hujung minggu nan lalu sempena cuti sekolah, cik azue dan chenta mengambil keputusan untuk pulang sekejap menziarahi emak chenta.
Hari pertama di kampung (14/3/15) tika musim panas ini, boleh pula bekalan elektrik terputus dari jam 11++am hingga lah ke 3++pm. Dugaan betulkan.



Hari kedua, 15/3/15, ada kenduri kahwin dikejiranan rumah emak. Emak sambut hari lahir ke 66 pada 15/3/2015 nan lalu. Sambutan hari lahir dengan cucunda sambil mengajar memancing ikan buat bekalan untuk ikhtiar kehidupan.





Kami memancing di pinggiran Tasek Bera yang air taseknya kian surut dek kemarau sekarang ini.

Walau ikan kecil yang dapat, namun cukup untuk menggembirakan emak dan cucunda nya yang 'baru masuk kampung' itu.

Alahai anak. Esoknya, pada 16/3/15, cucunda nya sahaja kembali menjejaki tempat yang sama, memancing dan menyauk ikan 'tiger' - sejenis ikan hiasan yang terdapat di kedai jual ikan hiasan.

Macam mana rupa?

Macam ini rupanya ikan 'Tiger' tersebut.

Gambar pinjam dari blog http://hilalsabri99.blogspot.com/2011_12_01_archive.html

Sayangnya, hari ini, 20/03/15, ikan yang dibawa pulang ini sebahagiannya telah kembali menemui yang Esa atas as sebab tak cukup oksigen barangkali dek kerana anakanda terlebih beri makanan atau dek kerana anakanda pergi seluk tangan main sama dalam akuarium. Tidak pasti. Yang pasti, bangun pagi cik azue dan chenta lihat ikan-ikan tersebut sudah timbul dan keras kaku.

Oklah, cik azue sudah perlu bersiap untuk aktiviti seterusnya.

Hingga itu, Wasalam

Friday, March 6, 2015

Tip Memilih Mesin Jahit Sulaman

Entri: # 127
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang. Kali ini cik azue menulis tentang bagaimana hendak memilih mesin jahit sulaman yang banyak terdapat dipasaran sekarang ini berdasarkan pengalaman cik azue.




Gambar adalah mesin jahit sulaman cik azue. Alhamdulillah. Sudah lama berjasa buat cik azue. 
Mesin ini berjenama Brother, model NV1500.

Kenapa cik azue memilih model ini dari banyak-banyak model mesin sulaman yang ada adalah kerana 

1) mesin ini bersifat dwi fungsi - boleh bertindak sebagai mesin jahit biasa, atau sebagai mesin jahit sulaman.

2) masa cik azue beli, lebih kepada bagi memenuhi keperluan hobi dan bukan untuk menjana kewangan, tetapi Alhamdulillah, sekarang ini sedikit sebanyak membantu menjana kewangan apabila cik azue mula fokus bekerja dari rumah.
Sekarang sedang berfikir dan mengumpul dana bagi mengembangkan karya.

3) mesin ini boleh juga menjahit quilt - sejenis jahitan yang diguna pakai apabila kita menjahit selimut tebal.

4) mesin ini dari segi sulaman, ianya mempunyai luas kawasan sulaman yang besar, iaitu sebesar 160mm x 260mm.
Jadi jika cik azue menjahit sulaman yang bersaiz besar, ianya akan menjadi lebih mudah kerana luas kawasan yang besar seperti menjahit sulaman tampal hias bantal 'Tigger' dan Awul ini.



5) Budget Kewangan - Mesin ini berada dalam budget kewangan cik azue.


Jadi sebagai kesimpulan entri kali ini, bagi kalian yang bertanya bagaimana nak memilih mesin jahit sulaman yang bersesuaian dengan diri masing-masing adalah seperti berikut.

1) Kenalpasti skop kerja sulaman yang kalian mahu lakukan. Semakin hebat spesifikasi sesuatu mesin itu, semakin tinggilah harga RM yang ditawarkan.

2) Budget RM yang kalian miliki.



Nasihat cik azue pula bagi kalian yang baru berjinak dengan bisnes menjahit sulaman ini. 

1) Jangan terpedaya dengan kehebatan 'gadget'. Pilihlah yang bersesuaian dengan skop kerja dan budget RM kalian.

2) Hebat atau secanggih mana pun mesin yang kalian ada belum tentu menjamin kehebatan berkarya jika tidak kena dengan caranya

3) Pilihlah mesin yang jika boleh menawarkan kelas pengendalian atau perisian memproses imej sulaman semasa membuat bayaran supaya mendapat sedikit sebanyak penjimatan kerana bisnes sulaman ini memerlukan modal yang agak besar dari segi aset permulaannya.

4) Jika boleh, elakkan berhutang bagi pembelian aset, kerana bayaran tunai lebih menjimatkan.



Nampaknya sampai sini dulu ya. Jika ada sebarang cadangan atau penambah baikan (terutama dari kawan-kawan sealiran menyulam) bolehlah komen bagi manfaat kita bersama.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak ilmu buat kalian yang baru hendak menceburi bidang ini.
Nanti cik azue berkongsi dengan kalian senarai kenalan yang mengusahakan jualan mesin sulam serta kelas dan jualan imej sulaman ya.

Hingga itu, terima kasih atas sokongan kalian.
Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam

Wednesday, March 4, 2015

Persediaan Asas Bisnes Menjahit Sulaman Mesin Berkomputer


Entri: # 126
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi / Carian Google


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Apa khabar kalian pengunjung yang sudi bertandang ke blog cik azue.
Maafkan cik azue terpaksa menyepi dek kekalutan menyiapkan tempahan sulam tanda nama sekolah-sekolah.

Baru-baru ini, cik azue acapkali dihujani SMS, WA dan PM di 'Facebook' berkaitan tentang "bagaimana nak memulakan bisnes menjahit sulaman seperti cik azue?"


Baik. Terima kasih buat kalian yang sudi bertandang dan bertanya pada cik azue.

Di sini cik azue senaraikan mengikut pengalaman kerjaya sulaman cik azue ya.


Pertama, 1: Aset Mesin Sulaman

mesin sulam cik azue model Brother NV1500

frame sulaman yang didatangkan bersama mesin


Gambar mesin di atas adalah kepunyaan cik azue. Terdapat banyak model dipasaran sekarang ini bermula dari RM3K ke atas bergantung fungsi dan jenama.

Ada mesin yang didatangkan dalam pelbagai fungsi - jahitan lurus dan jahitan sulam atau hanya jahitan sulam semata.
Tepuk poket kira duit sendiri ya.



2 -  Komputer dan perisian edit


Ini adalah aset kedua dalam bisnes sulaman mesin berkomputer. Ini sebenarnya jantung bagi memproses segala tempahan yang diterima kerana di sini terdapat perisisan mengedit imej sulaman yang mana lebih kita kenali sebagai 
'Digitizing Software'.
Bagi cik azue, cik azue menggunakan perisian bernama 'EMBIRD' yang didatangkan bersama pakej mesin sulaman di atas.

Oh nilai semasa perisian 'EMBIRD' adalah lebih kurang RM5K.
Namun begitu sekarang ini terdapat juga lain-lain perisian seperti 'ICLIQ' bernilai RM1500, 'PE' dan 'JANOME' - maaf cik azue kurang pasti - pengguna mesin Janome dan perisian mohon betulkan yer jika silap.

Dimana kalian boleh beli perisian ini? Sebaiknya, semasa membeli mesin, pilih sekali yang menawarkan perisian mengedit imej dalam pakej bayaran. Lagi berbaloi memandangkan harganya yang agak mahal jika dibeli secara berasingan. Dan juga pilih sekali agen yang menawarkan kelas pembelajaran sehingga pandai guna perisian tersebut.
Lagi sekali, tepuk poket, kira wang di bank yang ada.



3- Benang Sulaman

sumber: http://littlehanagallery.blogspot.com/2010/07/apa-yang-perlu-ada.html

Benang sulaman terdapat dalam pelbagai saiz bergantung jenama. Jenama benang popular adalah jenama Fufu, Dolphin dan Senorita.
Benang sulaman jenama Dolphin dan Senorita mudah didapati dikedai-kedai membekalkan alat jahitan manakala benang sulaman jenama FUFU hanya popular pada penyulam tegar atau pada industri sulaman mesin.
Harga benang sulaman sehingga entri ini ditulis adalah dari serendah RM2.80 sebuku dan ke atas bergantung berat dan panjang (meter) benang dalam segulung benang.


4 - Fabrik 'Stabilizer' dan plastik sulaman

Fabrik ini digunakan semasa menyulam bagi menetapkan kain dan mengemaskan hasil sulaman.
Perkara ini akan cik azue sentuh di entri akan datang.
Fabrik ini dijual pada harga bermula rm1.80 semeter bergantung ketebalan.


5 - Imej Sulaman





Cantek tidak imej sulaman di atas? Ya, imej itu cik azue buat menggunakan perisian 'EMBIRD'.
Namun bagi kalian yang tidak mempunyai perisian memproses imej sulaman, sekarang ini terdapat ramai 'digitizer' yang boleh bantu kalian dalam memproses imej sulaman yang kalian hajati.
Disini juga terdapat peruntukan RM yang harus kalian asingkan. Harga bagi setiap imej adalah bergantung design dan ketelitian dan sekurang-kurangnya harga bermula RM10 bagi satu imej.


Rasanya cukup sampai sini dulu perkongsian cik azue kali ini.
Nanti cik azue sambung lagi.
Sekarang nak bersiap untuk persediaan makan malam anakanda dan chenta hati dan kemudian menyambung tugasan menyulam dan men 'digitize' nama bagi tempahan sulaman nametag.

Kepada yang ingin bertanya cik azue, boleh PM di FB atau watsap cik azue ya.

Hingga itu

Maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam