Entri # : 117
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
15 Jan 2015
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam kasih sayang buat semua. Pejam celik, pejam celik, sudah pun kita melangkah ke hari yang ke 15 bagi tahun 2015. Aduh! Semakin hari masa dirasakan semakin cepat beredar meninggalkan angka-angka usia muda belia jauh nun dibelakang sana. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hidup di muka bumi, menabur bakti dan semoga dapat memberi manfaat lah hendaknya dikemudian hari.
Hari ini, kerja-kerja menyulam di bilik sulam Keraih Lengan Kuazue tidak dapat dijalankan dengan begitu baik. Disamping keadaan tangan yang kembali sakit urat, cik azue juga harus ulang alik ke sekolah anak-anak. Umum tahu, ada pengagihan wang bantuan persekolahan anak-anak, maka cik azue pula dek kerana anakanda berdua tidak lagi berada di dalam sesi persekolahan yang sama, lalu terjadi lah juga dua sesi ulang alik ke sekolah anak-anak.
Alhamdulillah, boleh juga dibuat menambah belanja membeli pakaian anak-anak di sepanjang persekolahan tahun ini. Dan yang pastinya, duit bantuan ini akan digunakan buat membeli Baju T sekolah yang sudah habis stok dan sepasang kasut sekolah gantian serta songkok buat anakanda Haziq.
Songkok itu digunakan untuk sekolah agama. Mengikut kata Haziq, songkok itu sudah mengecil, lalu tidak lekat di kepalanya. "Asal tunduk, songkak nanti tercabut dan jatuh." Oh songkok mengecil atau kepalakah yang sudah membesar wahai anak? Didoakan agar tidak membesar dengan 'besar kepala' sudah lah ya.
Kembali kita ke bilik sulam Keraih Lengan Kuazue.
Terkini cik azue telah pun menyelesaikan 50% sulaman bagi kombinasi kain warna hijau dengan sulaman benang putih.
Ini bermaksud, 2 darjah dan separuh (2 + 1/2) darjah telah siap disulam dari jumlah keseluruhan 6 darjah.
Kesemua yang sudah disulam pula separuhnya sudah siap dirapi lebihan benang dan dipotong mengikut saiz tanda nama. Tinggal untuk kemasan akhir (bakar benang) dan disemak, lalu dipek mengikut nama, mengikut darjah.
In shaa Allah, akan dicuba sebaik mungkin bagi menyelesaikan mengikut perjanjian.
Bagi kalian yang berminat untuk menempah 'selit-selit', tempahan masih cik azue buka sehingga 20 Jan 2015, dengan syarat, bayaran akhir mesti dijelaskan sebelum atau pada jam 10pm 20 Januari 2015.
Bolehlah layari Panduan Sulaman Tanda Nama bagi kalian dapatkan butiran untuk membuat tempahan.
Bagi mana-mana yang berhajat hendak menempah bagi tempahan pukal (min 50 set nama atau 100 keping- yang mana datang dahulu), adalah diingatkan, jadual tempahan pukal hanya kosong bagi slot pertengahan bulan Mac dan ke atas sahaja.
Kalian juga boleh hubungi cik azue melalui
email: kuazue@gmail.com
atau
WhatApps: 013-2700020
Nampaknya, panggilan merapikan benang-benang lebihan di kain yang telah disulam sedang memanggil-manggil cik azue. Lain masa, cik azue kongsi lagi hasil kraf seni Jahitan dan Sulaman untuk tatapan pengunjung yang sudi bertandang ke mari ya.
Akhir kalam, rezeki itu jaminan Allah bagi mereka yang berdua dan berusaha.
Wallahu'alam.
Wasalam
sangat kreatif
ReplyDeletesalams ku, akak nak order nanti kak mieja WA ya.
ReplyDelete