Saturday, October 11, 2014

Entri # 90 : Pepijat oh pepijat oh Serai Wangi !!!

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi dan carian Google

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih sayang buat semua yang sudi berkunjung. Wah! Ini memang masalah ni!. Masalah Pepijat aka 'bed bugs' . 

sumber: http://sukahatiadam.blogspot.com/2011/01/pijat-datang-menyerang.html
Tapi pepijat ni datang dari mana ya? Tak pernah hayat pernah kenal dan kena gigit dengan makhluk ni. Pernah dengar dari kakak-kakak 'senior' sahaja dulu masa duduk asmara ehh asrama, bahawa, asrama lelaki je yang suka ternak pijat. Kenapa? Kakak tu tidak lah mengkhabor ke kita. Huuhuhuhu.. Panas betul hati cik azue. Mana datang ni? Korang tahu tak macam mana dia boleh datang? Kalau tahu, bagi tahu ya.
Zaman kecil-kecil dulu, kat kampung cik azue yang dekat dengan bendang aka sawah nan terbentang, kami tidak kena serangan pepijat (ya ke? atau cik azue yang tak sedar), yang kena adalah serangan si cengkenit. Ala, makhluk halus penghisap darah juga. Tapikan dia ada dalam semak samun, rumput lalang je. Atau sama kah mereka ini sebenarnya? 
Aarrgghhh lantak lah yer. Malas nak kaji keturunan mereka. Yang pasti, en chenta hati yang kenal dan mati-mati perkenalkan pepijat ni pada 'mem' nya yang agak kurang pengertian ni.

Tak percaya? Ni hasil tangkapan en chenta untuk di persembahkan buat kekasih hatinya (daku lah tu). TADA!


abaikan cecair di situ. Nanti cerita.

Pening kepala mok cik! Serius! Cari-cari penawar di google. Oh ya sebelum tu nak bagitahu, makhluk ni menyerang bilik anak teruna beta. Habis la putera-putera tu garu sana sini. Alhamdulillah, cepat chenta suspek dan bertindak.

Balik raya haji tu, hari selasa (kebetulan chenta cuti), habih en chenta bawa keluar tilam budak bertuah si Haziq tu dengan bantal, bantal, bantal, bantal dan beruang bonda dan ikan ibu jemur di bawah mentari jerebu. Jerebu tau! Gasak la. Janji jemur dulu.

Kemudian cik azue teringat tentang serai wangi. Serai boleh menghalau semua serangga dan anti bakteria juga. Jadi, memandangkan pokok serai wangi ni masih kecil lagi dan tak mungkin dapat cik azue korek ambil ekstrak, cik azue pun mengajak chenta pergi cari ekstrak ni yang sedia ada di pasar raya.
Oh kenapa boleh tau produk ini ya? Sebab dulu, masa rumah cik azue di serang lipas tetiba dari laluan air, cik azue guna BYGONE, and rasa nak muntah baunya, tambah-tambah sembur dalam kabinet. Dan mak suruh letak daun pandan dan air serai. Masa tu cuba-cuba guna semburan serai wangi yang sedia terjual di pasaran dan alhamdulillah, bukan sahaja bau nya yang natural, malahan segala jenis lipas, semut, cicak dan yang lain-lain pun lari. Nak bagi hilang bau tembakan kucing jantan liar kat luar rumah pun ok. Nak kasi halau kucing liar pun ok. 'SPRAY" jer dia orang. Dan yang paling baik, ianya bukan lah racun. Cuma serangga dan haiwan kecil tak suka dengan aroma nyer yang nyaman gitu.

Baik, berbalik pepijat tadi. Dan ini lah yang cik azue guna pakai.
Sedia dalam botol semburan

Pekatan yang perlu di bancuh

Jadi kita spray seluruh bilik jejaka dan semua kawasan yang dikhuatiri terjangkit dengan semburan ini. Buat masa sekarang ini, cik azue buat setiap hari. Kasi sembur basah-basah dan jemur. 
 Terbukti berkesan.


berenang-berenang derang dalam larutan dan mati kelemasan. Astaghfirullah hal azim, nak buat lagu mana lagi kan. 

Dan alhamdulillah, tiada rungutan gatal-gatal lagi. Tapi untuk bantal golek mereka, disyaki bantal golek ini adalah perumah makhluk ini. Apa yang cik azue buat. Kita rendam bantal golek kekabu ni dalam rendaman larutan ini dan 'spin' dan jemur di bawah mentari jerebu, korang kena bawah panas terik la, cik azue jerebu ja sepanjang minggu ni.

Oh harga larutan ini. Yang sedia dalam botol semburan: RM7.90, ada 2 nozel, satu 'stream' satu lagi 'spray'. Best. yang 'stream' boleh tembak ke tepi-tepi lipatan tilam dan yang 'spray' untuk permukaan yang lebar macam muka tilam dan bantal dan lantai.

Yang pekatan tu, Rm9.90 je. Sila bancuh ikut arahan di botol ya. Beli di mana? Terdapat di pasaraya berdekatan dan di letakkan dekat dengan racun serangga, walau ia bukan tergolong dalam golongan racun, namun tidak boleh diminum ya. Jangan cari penyakit!.

Selepas guna larutan ini untuk aktiviti semburan, jemuran, lap lantai dan katil dan sebagainya, serangan ini terkawal, namun, cik azue masih lagi meneruskan aktiviti ini lagi sehingga setiap malam yang kami buat jaga, tidak berhasil terjumpanya makhluk-makhluk halus ini.

Dan yang lagi bagusnya, bila guna semburan ini, NYAMUK pun lari juga. Yeeeaaa!

Jadi, apa kata anda semua guna larutan serai wangi bagi menggantikan larutan antiseptic DETTOL untuk membasmi segala makhluk yang tidak diingini.

Moga-moga dengan doa dan usaha, Allah permudahkan urusan kita semua ya.

Kita hanya berusaha dan bertawakkal, selebihnya, Allah jua tempat mengadu. Mungkin ujian ini diturunkan sebagai pengajaran supaya jadi ummat yang lebih rajin dan pembersih dan mungkin juga KAFARAH atas dosa yang tidak sedar.
Semoga kami dapat terima dengan baik dan semoga ini menjadikan kami sekeluarga lebih baik.

Bagi anda pula, cubalah petua nenek kebayan cik azue ni. Mana tahu memberi dan mendapat manfaat juga.

Oklah, nanti cik azue sambung lagi kisah pepijat jika ada.

Wasalam

3 comments:

  1. betul tu serai wangi terbukti berkesan!
    Sekarang ni bilik sy infected dgn bedbugs oloh menangis bangun pagi2 badan merah pastu kalau orang kata nyamuk gigit tu terus rasa macam nak bakar rumah!
    Google punya google, bedbugs! pepijat! aiseh, menda ni tak pernah ketahui lepas tu habis tilam, bantal, teddy bear disiram air panas dan dijemur di bawah matahari terik berhari hari.

    google lagi, kata serai wangi bagus. tak percaya. beli kat DIY, test dekat cicak dan juga semut. PEHH LARI DIERANG LARI terus rasa ohh hidayah!
    sembur satu bilik, and tak tahu lagi result macam mana masih lagi usahakan tapi harap nyah lah dari sini.

    sebaba dah merebak kat sofa, tak nak lah family kena juga tp buat masa sekarang bedbugs ni macam nak hisap darah saya je!

    pengajaran kot, la ni hari hari vacuum bilik bagi bersih. pastu sembur perfume hehhe.

    ReplyDelete
  2. Ok kk..saye nak cba petua akk nih ...saye dh kena dah...mmg rsa geram & skit hati saye lihat pijat nih..rsa nak muntah saye..lht mahluk nih...terimakasih ats saran nye..😊

    ReplyDelete
  3. Kawan sy bawa tilam dri asrama lama dia . Then disitu la bermula ny kisah kami .tragis. Kerna saya terpaksa tidur diatas jubin tnpa beralas .hmmm . Check dkt dpur nmpk serai wangi .saya terus sembur satu rumah . Tk cukup sy ke diy . Beli lagi sebotol .

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai