Thursday, July 10, 2014

Entri # 77: Minta Tolong, Kepada Siapa Harus?

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Ramadhan 12; Salam kasih sayang. Di bulan ramadhan ini banyak sungguh dugaan. Dugaan terbesar bila mana GAZA diserang. Apa yang perlu kita lakukan? Menitik air mata. Insaf? sedih? atau apa?

Ya Rabb, tiada daya usaha dapat ku lakukan selain meminta pertolongan hanya dari ZATMU. Ini cerita Israil dan GAZA. Kisah Yahudi zionist yang berulang-ulang disebut dalam al-quran. Apa pula cerita kita?
Percaya atau tidak, kita sekarang hidup dalam ujian yang sangat besar. Ujian yang dimata kasar tidak nampak seperti ujian langsung. Ujian Kesenangan yang kadangkala dan selalunya membuat kita lupa akan diri. Lumrah manusia yang lemah imannya.

Jika kita berada dalam situasi susah, kemanakah kita selalu mengadu? Kepada siapa kita memohon pertolongan? Allah, cik azue yang leka, suka mengadu pada manusia yang bersifat sama. Suka memohon pertolongan dari manusia dahulu kemudian baru berpaling mengharapkan pertolongan Allah. 

Mahukah kawan, cik azue berkongsi petikan ayat 45 dan 46 surah al-Baqarah.


Allah telah berfirman: .."Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan SABAR dan MENGERJAKAN SOLAT, dan sesungguhnya solat itu amatlah BERAT kecuali kepada orang-orang kusyuk. Iaitu, mereka yang percaya dengan YAKIN bahawa mereka akan MENEMUI TUHAN mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadanya."

Jika benar kita hayati disini. Allah telah memberi garis panduan kepada kita. Walau apa pun masalah, besar atau kecil masalah kita, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ingat, kepada Allah dahulu, baru kepada sesama makhluk. Kerana tanpa pertolongan Ilahi, mana mungkin akan adanya pertolongan insani.
Kenapa? kerana pertolongan insani itu adalah rezeki Allah buat kita atas sebab munajat yang di perkenankan Ilahi.
Oleh itu wahai diri cik azue sendiri dan rakan pembaca budiman, marilah kita tanamkan azam di hati, setiap hari mengadu pada Ilahi melebihi aduan kita sesama insan. Moga-moga dengan bertambahnya solat kita yang berkualiti, bertambahlah pertolongan Ilahi dan makbullah hajat yang dipinta.

Kekadang ada juga yang berbicara, mereka telah lakukan segalanya, namun pertolongan yang dihajati belum kunjung tiba. Bila mana ini terjadi, ingatlah, Allah berfirman, pohonlah pertolongan kepada Allah dengan jalan SABAR dan MENGERJAKAN SOLAT. Boleh jadi kita belum cukup bersabar, dan belum cukup masa doa termakbul dan boleh jadi juga solat kita tidak mencapai darjat yang sepatutnya atau mudah kata- solat tidak kusyuk! Mana mungkin doa dan pertolongan di beri dan dipenuhi jika si peminta pun meminta secara sambil lewa, betul tak?
Mengalir air mata bila mana mendapat dua ayat ini di suatu malam di awal bulan ramadhan. Di manakah diri kita yang kita rasa hebat dan gah itu? Apakah telah kita lakukan bila mana kita rasa susah betul hidup ini? Allah telah memberi panduan sebaik-baiknya, cuma kita yang mensia-siakan dengan tidak membaca KALAM itu dengan sebaiknya.
Alhamdulillah buku 'Nota Hati Untuk Hati ' 

karya Ustaz Pahrol membuka mata hati dan menjadikan cik azue sakit hati atas kealpaan diri sendiri.

Allah hurabbi. Moga-moga ramadhan berbaki menjadi madrasah terbaik buat mentarbiah hati.

Wallahu'alam

Wasalam


5 comments:

  1. Saya suka membaca tulisan ustaz Pahrol Joui ini.. sungguh mengesan didalam hati.. tambah lagi penulisan yg begitu santai dan mudah dipahami..

    Samalah kita Zue perlu membaiki hati ni kan ..

    ReplyDelete
  2. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirobil'alamiin...

    Sesungguhnya jika kita menghayati bacaan iftitah kita pasti kita tahu bahawa hidup dan mati kita utk siapa kan... bersama kita renungkan dan hayatinya.

    ReplyDelete
  3. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) in shaa Allah kak yati.. saya senang dgn tulisan ustaz pahrol ini

    ReplyDelete
  4. @Kakzakiein shaa allah kak, tapi berapa ramai di antara kita ini yang benar2 ambil tahu apa yg dilakukan, termasuk lah diri saya ini kak...suka nor lalai dan alpa..

    ReplyDelete
  5. sedih mengenangkan mereka, juga memberi kesedaran setta merta, tak jjadi nak komplen tentang budak-budak buat hal skit2. bila krsian anak-anak di sana, anak di sini beri
    tunjuk ajar dengan iklas...

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai