Monday, June 9, 2014

Entri # 63: PERNIAGAAN; Mulakan kecil dan Akhiri BESAR

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam Kasih sayang buat semua.
Salam hari ISnin, jangan ada yang masih dengan 'MONDAY BLUES' ya. Hari isnin harus lebih semangat kerana di hari Isnin, junjungan besar kita nabi Muhammad SAW di puterakan.

Hari ini cik azue nak berkongsi dengan semua bagaimana sebuah perniagaan itu boleh kita jalankan.
Bukanlah terlalu susah, namun ia juga tidak lah terlalu mudah. Dengan minat dan kesungguhan kita untuk berubah serta mengikuti sunnah Rasul kita dengan berniaga sebagai salah satu sumber mata pencarian hidup, maka yang susah tidak mustahil menjadi senang.
Ini adalah pesanan almarhum bonda cik azue suatu ketika dahulu. Sembang-sembang santai di suatu petang. Kata bonda; "Kita orang perempuan ni, kena cari kemahiran hidup walau pun kita tidak minat. Bukan apa. buat "standby", manalah tahu, esok lusa kita tak larat lagi nak makan gaji dengan orang.. mana lah tahu, esok lusa suami tak bagi kita pi kerja dengan orang, suruh duduk rumah jaga rumah dan anak-anak, manalah tahu, esok lusa sakit.. semua itu perlu kita fikir. Takkan la duk rumah saja. Kalau tak pun, kemahiran tu boleh jadi hobi habuan hilang tension hidup. Mula dulu dengan apa yang kita suka dan apa yang kita ada. Buat jadi hobi penghilang tension dan sebagai hadiah pada kawan-kawan."
Dan si anak (cik azue lah ni) berkata; "tadak masa lah mak dan tadak modal nak mula..."
Dengan senyum sinis, bonda berkata; "...masa itu atas kita, cukup pun atas kita, tak cukup pun atas kita, kalau kita mahu, semua boleh, kalau kita tak mahu, yang boleh pun jadi tak boleh, yang cukup pun boleh tak cukup. Modal, guna sahaja apa yang ada depan mata, pelan-pelan la simpan sikit-sikit, nanti beli aset yang la ni nampak tak guna, nanti-nanti gunalah aset tu..."

Baik, itu pesanan almarhum bonda. Pesanan pada tahun 2006 atau 2007 yang lalu. Terduduk dan terhilang arah bila mana bonda pergi begitu sahaja pada penghujung tahun 2010. Hilang pengemudi haluan hidup. Terkapai-kapai hampir tenggelam dek kenangan silam. Pelan-pelan cik azue bangun dengan kenangan dan pesanan yang ditinggalkan bonda.

Ya, cik azue bermula secara kecil-kecilan. Bermula dengan sebuah mesin jahit singer, membawa kepada mesin jahit tepi singer, terus ke mesin sulam brother dan yang terbaru mesin industri jenama Jack.
Kemudian, sedang mengumpul dana untuk membina sebuah bilik untuk dijadikan bengkel bekerja cik azue (sekarang ni huru hara soho nya. sekejap di atas - menggunakan mesin sulam, sekejap di bawah - di sudut kecil ruang tamu). Harap cik azue dapat siapakan dalam tempoh setahun bergelar WAHM. Dan ini kisah cik azue dengan perniagaan yang cik azue jalankan sekarang ini. Kisah kalian, hanya kalian yang tahukan.

Kalau tadi, kata-kata almarhum bonda. Sekarang, cik azue kongsikan petikan dari jutawan internet, Irfan Khairi

Konsep sama, cuma dari orang yang berbeza, namun memberi kesan buat orang yang mahu mengambil ikhtibar.

Berdasarkan perkongsian cik azue sebagai pengurus online ABDR di FB: Azuriyah Mohamad rata-rata yang menghubungi cik azue mahu tahu tentang konsep perniagaan yang ditawarkan oleh ABDR.

Dalam mengekalkan konsep doorship dan memulakan perniagaan dengan modal minima, ABDR menawarkan kita dengan peluang perniagaan bagi turut sama menjana pendapatan walau pun berada di rumah. Berikut adalah peluang yang ditawarkan:

1. Rakan niaga / Pengurus Online Akademi
Sebagai rakan niaga/pengurus online (PO) akademi, kita bertanggungjawab mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan oleh ABDR, yang mana produk dan servis yang diberi mendapat permintaan sepanjang tahun. Contoh servis adalah terdapatnya pilihan kelas online dan bengkel online serta offline yang dianjurkan oleh ABDR, manakala contoh produk adalah produk digital seperti Ebook yang dihasilkan oleh Puan Pengasad dan para guru online serta rakan-rakan ABDR sendiri. 

2. Pendaftaran Bisnes borong telekung solat
Pihak akademi berbesar hati menawarkan peluang bisnes melalui kelas membina blog dan fanpage borong telekung solat khusus bagi yang berminat dan fokus untuk menyertai kelas ini, yang mana, di dalam kelas online itu nanti kita akan belajar lengkah demi langkah membina blog dan seterusnya fokus kepada penjualan produk telekung secara borong.
Antara telekung yang di akan kita berjualan:
a) Telekung solat Vietnam
b) Telekung solat Indonesia
c) Telekung solat sulam
d) Telekung solat kanak-kanak

Dan apa yang akan kita perolehi melalui kelas online ini adalah:a) Ilmu membina blog dan fanpage niaga
b) Akan dimasukkan dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi yang sememangnya berpengalaman dalam bisnes online
c) Produk telekung solat adalah pelbagai jenis yang tersedia stoknya, tinggal kita untuk berjualan sahaja.



3. Pendaftaran agen projek duit raya (www.projekduithariraya.blogspot)
Bagi yang sedang mencari produk yang hendak dijual pada musim ramadhan yang bakal menjelma, di ABDR terdapat peluang pendaftaran untuk menjadi agen projek duit raya. Hanya berdaftar dan sudah boleh berjualan. Sangat mudah. Namun yang lebih menarik, kita akan belajar langkah demi langkah membina blog khas untuk produk ini dan juga akan menerima 2 ebook. Walau pun blog masih dalam pembinaan, kita sudah boleh mula berjualan dan mempromosi secara online mahupun offline. Antara produk yang tersedia adalah seperti serunding ayam dan daging, pes nasi arab, snek oat choco dan pelbagai produk sunnah seperti madu, kurma dan kismis.




Ini sebahagian sumber yang boleh kita fikirkan sebagai mencari alternatif untuk bermula dengan modal yang minima (minima disini bukan lah serendah RM10 atau RM20, tiap perniagaan perlu ada permulaan, itu harus diingat ya kawan-kawan) dan rendah risiko.
Sebagai pengurus online ABDR, cik azue kongsikan peluang ini bagi yang mahu mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Perniagaan tanpa risiko, namun, jika kita tidak serius, semua ini akan terkubur.
Jika ada yang betul-betul serius mahu menceburi perniagaan dan ingin tahu lebih lanjut tentang ABDR, bolehlah hubungi cik azue di FB: Azuriyah Mohamad.


Tepuk dada, tanya apa mahu kita di saat ini dan di masa akan datang. Jika mahu berubah, mulakan sekarang. Peluang dan ruang mungkin hanya datang sekali sahaja.

Hingga itu,

Wasalam

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. murah rezeki Azue tu kan..

    ReplyDelete
  2. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) alhamdulillah.. kumpul sikit3 tu..kira2 itu aset dalam 14 tahun tuu.. aset yg terkumpul dek sambil-sambilan dan jariah si Chenta Hati...hihihihi

    ReplyDelete
  3. Semoga biz cik Azue terus berkembang...
    Finish BIG at the end... Insya Allah :)

    ReplyDelete

Buah Fikiran anda amat cik azue hargai