IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Syahdu nya alunan susunan music nie kan.. especially kat dua paragraph kat atas sekali… syahdu… tapi satu jer cik azue nak Tanya.. korang selalu (termasuk cik azue samalah) buat istikharah utk apa yer??? Sila jawab sendiri…dan sendiri wat correction yer…
opss ya.. sebenarnya cik azue tak tahu pun ada lagu nie.. tup2 cik adik bujang trang tang tang kat opis tu forward halwa tinga nie.. n layan la. Syahdu jer rasa… terbayang suasana ketenangan itu… tapi tak leh nak story… tak leh taip… tak tau nak taip lagu mana… mmmmmm….. yang pasti…..
Ntah lah.. sejak akhir2 nie… cik azue sering teringat pesanan mak agar sentiasa berdamping dgn solat istikharah.. jgn beristikharah hanya kerana berhajat sesuatu sahaja… bila di amalkan baru di rasa.. indah nya… bila mana ada rasa apa yang terasa nak buat.. jika baik.. mudah ajer haluan nya.. tapi jika sebaliknya.. susah tul laluan nya.. ALHAMDULILLAH…
Tapi kan.. cik azue pun macam korang juga la… ada musim malas.. ada musim…oklah…. Tapi…. yang pastinya,..selalu lah malas tu Berjaya… kesiankan kat cik azue…. Asik MALAS ajer yg menang… so ats sbb keinsafan yg bersarang.... meh kita masukkan agenda istikharah nie pada setiap selepas solat Isya’.. amacam?? Kalau nak buat di 2/3 pagi.. harus lah kantoi.. kan… Lepas Isya’ la…Insya Allah.. boleh kut… kata mak.. bila kita solat nie.. niatkan supaya Allah guide kita ke arah jalan2 yang diredhai NYA sahaja.. bukan kerana kita berhajatkan sesuatu or seseorang… aaahhh payah sungguh kan nak menjadi dan melawan nafsu niekan… ok mai la kita sesama memulakan hidup nie dgn sesuatu yg lebih baik.. sbb antara doa kita saban hari adalah.. jadikanlah ya ALLAH hari ini lebih baik daripada hari2 kita sebelum nie…dan semoga usaha kecil kita nie menjadikan kita semakin hampir dengan NYA…
Ok.. utk suntik semangat kita semua.. nie adalah terjemahan doa yang diajarkan dan yang selalu diamalkan.. bukan sahaja ketika solat sunat ini malah kekadang tu cik azue gunakan dalam doa2 seusai solat fardu.. kerana dalam doa ini kita meminta bantuan ILAHI …
Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”
Semoga usaha sedikit nie menjadikan kita semakin taat dalam mentaati suruhan NYA… semoga kita dapat beristikhamah dalam setiap amalan kita.. bak kata mak n ayah.. biar la sedikit2.. merangkak2 .. lama2 mesti jadi banyak n kalau merangkak.. lama2 sure lancar lah kan.. .. jangan duk pulun buat semua.. last2 nanti habis tinggai semua… sikit2 tapi istikhamah lebih bermakna dari buat semua tapi sekali sekala sahaja.. wallahua’lam……
Buat D… thanks for the lovely song… credit to pencipta/penulis lirik /penasyid this song
Oklah. Lain hari pok pet g..
Hingga itue..
Adios hasta la vista..
Wasalam..
~kuazue mohd~
No comments:
Post a Comment
Buah Fikiran anda amat cik azue hargai