Thursday, January 2, 2020

Tukar Sekolah - Dak Haziq

Entri: # 245
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Hari ini, cik azue agak kurang sihat lebih sikit dari semalam.
Hari ini kepala pula rasa sakit. Telan paracetemol yang dibekalkan oleh hospital pun seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Alhamdulillah atas nikmat sakit yang Allah beri ini.

Kembali ke tajuk.
Pagi-pagi, ketika anak-anak lain sedang elok untuk memulakan sesi pembelajaran, cik azue dan dak Haziq menapak pula ke Sekolah Menengah Tun Perak bagi urusan pertukaran sekolah.

Gambar dari tepi saja, dari depan lupa nak ambil pula

Ya, dak Haziq sekarang ini sepatutnya memulakan sesi persekolahan tingkatan 1 di sekolah Menengah Tun Perak (SMTTP), hari ini.

Jumaat 27/12/2019 yang lalu, sebenarnya, dia sudah pun menghadiri sesi orientasi tingkatan satu.


Buku-buku tulis dan seluar sukan juga telah siap pun dibeli. Buku-buku teks pun dah dapat.
masa hari orientasi
Namun, pada lewat petang 27/12/2019 itu baru dapat tahu yang nama dak Haziq telah tersenarai dalam tawaran kedua yang mendapat tawaran belajar di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER).

Apa lagi, dak Haziq pun terimalah tawaran tersebut dengan harapan dapat duduk di asrama nanti (kena buat rayuan sebab sekolah dekat dengan rumah).

Selesai urusan penyerahan surat tawaran dan buku teks ke pihak sekolah SMTTP, dak Haziq minta nak beli air bungkus dari kantin sekolah. Oklah, memandangkan nanti sudah tak bersekolah di sini, permintaan pun ditunaikan.

cantik kantin nya

Berakhirlah kisah dak Haziq dan Sekolah Menengah Taman Tun Perak. Nanti kita sambung dengan sekolah baru pula.

Kembali ke aktiviti sulaman cik azue pula.


Cik azue sebenarnya masih bercuti dari aktiviti sulaman untuk menyelesaikan urusan persekolahan anakanda berdua.

Walau bagaimana pun, aktiviti tempahan masih lagi berlangsung.

Tempahan sulaman masih diterima dan buku tempahan bagi tahun 2020 juga telah dibuka.
Terima kasih banyak atas sokongan kalian.


Oklah, sampai sini dulu.
Wasalam

#2/366

Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru Masihi 2020

Entri: # 244
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: SAMT KKB
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Selamat tahun baru 2020 buat semua.
Hari ini merupakan hari pertama bagi tahun ini.
Hari ini juga cik azue kembali menghantar si anak bujang pertama ke asrama bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

gambar dari page SAMTKKB

Alhamdulillah atas nikmat nyawa yang dipinjamkan Ilahi buat kita semua.

Wahai anakanda yang amat dikasihi,
gambar ni pun gambar lama dari page SAMTKKB

Tahun 2020 ini, anakanda harus mempersiapkan diri anakanda sebaiknya bagi menghadapi peperiksaan PT3.

Ibu, abah dan para guru, hanya mampu berdoa dan memberikan tunjuk cara sebaiknya buat anakanda.

Selebihnya, semuanya bergantung kepada usaha anakanda sendiri dengan izin Ilahi.

Semoga anakanda dan rakan-rakan seperjuangan dipermudahkan Ilahi atas urusan pembelajaran sepanjang tahun ini hendaknya.

Sampai sini dulu untuk hari ini.
Semoga cik azue mampu untuk kembali menulis lagi seperti di awal-awal tahun pembukaan blog ini.

Terima kasih buat kalian yang sudi kembali ke blog ini.

Banyak nak diceritakan, nanti in shaa Allah, cik azue tulis cerita 'throw back' ya.

Wasalam


*hari 1/366*