Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Salam Kasih Sayang buat semua,
Sudah terlalu lama cik azue menyepikan diri kan.
Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan nyawa lagi untuk kembali ber 'blogging' bersama kalian.
Alhamdulillah atas nikmat pancaindera tangan ini.
Oh ya, kenapa cik azue mendiam terlalu lama?
Semuanya disebabkan oleh cik azue tidak dapat menggunakan tangan/jari dengan baik dek masalah saraf tangan - cik azue di diagnos dengan cervival + lumbar + sacral spondylosis - korang google sendiri lah ye maksudnya.
Disebabkan keadaan cervical spondylosis tu agak berat, tangan cik azue di kedua belah tidak mampu nak buat kerja macam orang biasa pada ketika itu.
Alhamdulillah, setelah selesai beberapa kali sesi fisioterapi (dari fisioterapi spinal ke OCCT, jumlah bilik keseluruhannya adalah 4 cabang fisio), sekarang cik azue sudah boleh menulis kembali sikit demi sedikit.
Sesi tuam tangan dengan air panas bila sakit menjelma |
Ni splint baru - beli sendiri dek kerana alah pada bahan splint yang dibekalkan oleh terapi di bahagian OCCT. |
Semoga Allah memberi kesembuhan buat tangan-tangan cik azue ini hendaknya. Macam CTS, tapi bukan CTS. CTS itu carpal tunnel syndrome. Yang dah berpengalaman kena CTS, bolehlah faham lagu mana rasanya sakit itu.
Oklah, sampai sini dulu lah ya.
Nanti cik azue sambung lagi coretan di blog ini.
Wasalam