Saturday, September 30, 2017

Blog Sulaman dan Seni Kreatif

Entri: #207
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat kesayangan semua.

Selamat hari sabtu.
Selamat bersantai bagi yang bercuti hari ini.

Cik azue? Cuti adalah cuti, kerja pun adalah cuti. Cuti juga boleh jadi hari untuk kerja. Hahaha. WAHM lah kata

[image_0

Alhamdulillah, cik azue sudah mula menulis kembali diblog sulaman dan seni kreatif cik azue seperti gambar di atas.

Kalian yang mengikuti blog ini bolehlah mengikuti blog cik azue tertera seperti gambar untuk informasi lanjut berkaitan sulaman mesin berkomputer. Kalian juga boleh tekan tab pilihan di atas susunatur blog ini.

Sekejap lagi cik azue mahu sambung lagi penulisan tertunggak di draf blog terbabit. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan sulaman mesin yang kalian ingin maklumat lanjut, kalian boleh ajukan soalan kalian ke email azuriyahmohamad@gmail.com
Nanti cik azue jawab ya.

Selain itu, cik azue baru berjinak-jinak dengan applikasi G+ ni. Baru belajar dan jika sudi, jemputlah 'follow' cik azue di sana ya.



Masih terkial-kial cik azue dengan applikasi G+ itu. Kalian yang sudah mahir, mohon jemput tunjuk ajar ya.

Terima kasih juga buat rakan pengurus online dari tim ABDR , sis emme yang sudi mengajar kami. Semoga Allah membalas dengan sebanyak-banyak dan sebaik-baik ganjaran hendaknya. Aameen.


Oklah, cik azue berhenti di sini dulu. Mahu sambung tugasan sebagai seorang suri terlebih dahulu. Mahu ampai baju dulu ya.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Friday, September 29, 2017

Baik pulih telekung lama

Entri: #206
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat kesayangan semua.

Hari ini cik azue sambung semula projek baik pulih ('alter') telekung lama cik azue.

Telekung ini masih elok cuma sayang kainnya semakin menipis.
Jadi projek sebenarnya adalah untuk menambah lapisan lapik di dalamnya. Orang jahit kata lapik dada, tapi cik azue buat lapik pinggang.



Ye la, kalau paras dada, rasa macam tak menepati piawaian syariat pula. Kain telekung ini dah menipis. Takut nanti tika solat, kita lupa dan pakai baju berlengan pendek, dah boleh nampak warna kulit pula.

Cuak tau! Jom kita semak syarat menutup aurat.
1) Longgar
2) Tidak jarang hingga menampakkan warna kulit
3) Tidak mengikut bentuk badan
4) Menutup alur dagu (sebab kita mengikut mazhab Syafiè
5) Tidak menarik perhatian orang
6) Tidak berlebih-lebihan berhias

* Bagi telekung, ustaz ustazah kata yang berwarna warni terang sangat, renda dan labuci berkilau-kilau. Solat kat rumah, tiada masalah, cuma tidak digalakkan pakai ketika solat jemaah di surau dengan khalayak ramai. Wallahuàlam.

Berbalik kepada telekung cik azue. Sudah alang-alang membaik pulih, cik azue pun cuba praktis kembali ilmu yang pernah belajar dahulu. Boleh baca dilink berikut.
http://kuazue.blogspot.my/2012/07/my-telekung-diy.html?m=1

Namun, setelah bertahun-tahun meninggalkan jahitan ini, inilah hasilnya.



Sudah tidak kemas jahitan dibawah dagu itu. Huwaa, sudah banyak kali cik azue tetas jahit, masih belum selesai masalah itu.

Tidak mengapa, ada banyak lagi telekung untuk cik azue bereksperimen nanti. Doakan ya kesayangan semua.

Jika kalian ada tips, mohon tunjuk ajar juga ya.

Oklah, cik azue berhenti di sini dahulu. Nanti cik azue sambung lagi.

Wasalam.

Azuriyah Mohamad
Muharram 08, 1439H
9.30am

Thursday, September 28, 2017

Kemas blog dan kemas rumah

Entri: #205
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang berkemas.
Selain kemas blog-blog yang dah lama terbiar sepi, cik azue juga harus mula kembali rutin mengemas rumah.

Selama 2 tahun, cik azue tidak ambil kisah tentang keadaan sekeliling. Cukuplah sekadarnya sahaja semenjak cik azue bergelar penderita endometriosis kronik.

Alasan yang cukup besar. 360 darjah kehidupan terus berubah arah. Asyik hidup dengan pil penahan sakit dan keluar masuk hospital.

Alhamdulillah, tahun ini cik azue agak lebih sihat berbanding tahun-tahun lalu. Nanti cik azue tulis macam mana kesakitan itu merubah segalanya.

Hari ini cik azue menulus tentang berkemas dahulu.

2 tahun kebelakangan ini, bukanlah langsung tak berkemas, cuma tidak menjadikan ianya rutin harian. Buat bila rasa perlu sahaja, samada dilalukan oleh encik chenta atau pun si jejaka Megat berdua.

Sakit mata, pejamkan sahaja. Mahu bangun dan buat, langsung kederat tenaga tiada. Jadi, atas nikmat sihat sikit ini, cik azue mengambil peluang mulakan kembali rutin yang dah lama ditinggalkan ini.



Kita sapu sawang, sapu kipas syiling, vakum lantai dan segalanya yang berterabur di ruang tamu.

Tak banyak pun nak dikisahkan. Cumanya rumah cik azue ni banyak habuk. Dua hari sahaja tidak vakum dan mop, boleh lihat nanti debu-debu di lantai dan kabinet tv.

Oh ya, kawasan rumah cik azue ni adalah berhampiran dengan kilang simen Lafarge Rawang. Jadi faham-faham sajalah bagaimanakah keadaan habuk dan debunya itu.

Nampak gayanya, cik azue kena kembali cergaskan diri sama seperti 7, 8 tahun yang lalu. Waktu anak-anak masih kecil. Waktu itu, cik azue sangat kuat, sihat. Hari-hari mop dan vakum dek kerana anak kecil masih kuat merangkak. Sungguh jika dikenang, balik kerja, masih mampu buat itu ini, atau jika tertidur, masih mampu bangun awal pagi semata-mata untuk berkemas, basuh baju dan masak bekalan makanan anak-anak ke taska.

Rindu sungguh waktu itu. Tapi apakan daya, masa tidak akan menunggu kita. Cik azue sudah kurang tenaga tika ini. Jadi sempena tahun baru, cik azue ingat akan membuat satu jadual mengemas buat rujukan diri sendiri. Semoga cik azue mampu kembali kuat bertenaga macam dulu-dulu hendaknya.

Oklah, jom sambung berkemas di sudut cik azue berkarya pula.

Sekian
~azuriyahmohamad~
Muharram 07, 1439H ; 1145am

Wednesday, September 27, 2017

Selamat Tahun Baru 1439H

Entri: #204
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ini adalah hari ke 5 di bulan Muharram 1439H.
Selamat Tahun Baru Hijrah buat muslimin dan muslimat pengunjung blog cik azue yang suam-suam kuku ini.

Sempena bulan baru, tahun baru, doakan cik azue kembali menulis di blog-blog cik azue yang dah lama cik azue biarkan sepi.

Tahun baru ini, cik azue berazam untuk menulis kembali. Menulis kembali diblog dan meninggalkan saluran social media yang lain.

Walau pun blog cik azue ini suam-suam sahaja sejak 2 tahun kebelakangan ini, namun cik azue yakin, dengan sokongan blog rakan ahli ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah), blog ini akan naik semula trafiknya.
Kalian doakan ya.

Buat sementara waktu cik azue belum banyak menjahit dek kekangan taraf kesihatan, cik azue akan menulis berkongsi maklumat tentang kesakitan yang cik azue baru tahu ini. Bolehkan?

Baiklah, nanti cik azue sambung lagi ya.

Wasalam

~azuriyah mohamad~
Muharram 04, 1439H; 09.50am

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 13, 2017

'Sourdough' itu sejenis yis

Entri: #203
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang 'sourdough' atau pun dalam bahasa dipanggil doh masam. Singkatan dalam penulisan pula ditulis sebagai 'sd' sahaja.


Gambar adalah rupa pemula sd atau 'sd starter' yang cik azue ternak sendiri.

Pemula ini telah berumur 10 bulan. Jadi agak banyak juga resepi yang telah cik azue cuba. Ada yang menjadi, ada yang jadi baja pokok tanaman sahaja. Fahamkan. Hahahaha.

Doh masam ini digunakan untuk merendahkan kandungan gluten dalam tepung gandum dan oleh kerana itu, produk terhasil dari campuran sd ini tidak boleh dikatan bebas gluten.

Cik azue menggunakan sd ini sebagai pilihan makanan sihat bagi meningkatkan taraf kesihatan diri dan keluarga. Banyak kelebihan dan manfaat dari penggunaan sd yang mengandungi yis liar yang kita ternak sendiri.

Oklah, nanti cik azue kongsi lagi ya tentang sd ini.

Wasalam

posted from Bloggeroid

Monday, September 11, 2017

UPSR 2017

Entri: #202
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang.



2017.
Anak mak dah semakin melangkah jauh ke dunia sebenar.
Mak macam tak boleh percaya.

Ketahuilah, bahawasanya yang masih tertinggal dalam pemikiran mak adalah anak mak masih di zaman umur 2 tahun.

12 tahun.
Kini sebelah kaki kamu sudah berada di alam remaja. Kaki yang sebelah lagi tinggal menanti masa untuk terus melangkah keluar dari alam mumaiyiz ke alam baligh. Doa mak agar setiap ajaran kami, ibu abah, kamu tidak akan pernah lupa.

Mak abah ampunkan kamu dan mak abah mohon ampunkan kami atas segala kekurangan dalam mendidik dan membesarkan kamu

Mak mampu doa.
Mak mampu bebel bila lihat kamu agak alpa dengan dunia zaman kanak-kanakmu.
Mak juga mampu tak tidur malam risaukan kamu dunia akhirat

Oh anak.
Hari ini hari pertama peperiksaan besar persekolahan yang pertama dalam kehidupan mu nak.
Semoga Allah memberikan kamu ilham sebaiknya dan memudahkan segalanya buat kamu.

Semoga segalanya mudah dengan izin Ilahi buat kamu dan rakan-rakan yang menduduki peperiksaan UPSR kali ini.
Semoga Allah menyelamatkan dan menjauhkan kamu dan rakan-rakan dari sebarang musibah kecelakaan sepanjang tempoh peperiksaan ini.

Ingat dan ingatlah.
Apa pun yang terjadi, itu semua adalah rezeki dan perancangan terbaik dari Ilahi buat kita.
Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik dan lebih menepati keperluan kita.

Selamat menempuh peperiksaan UPSR 2017 buat anak mak, Megat Muhammad Hazim bin Ruslan dan anak-anak kawan-kawan mak (kawan nyata dan kawan alam maya) yang mak kasihi juga.
.
#azuriyahmohamad
#catatanharian
#notahati

posted from Bloggeroid