Wednesday, April 19, 2017

Tempahan kembali diterima

Entri: #197
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 21, 1438H
(18 April 2017)

Salam kasih sayang.

Alhamdulillah.
Mak Ku paksakan diri untuk bangun dan bekerja.

Abang putih ini sudah hampir sebulan berehat selepas balik servis major di HQ Brother di Petaling Jaya.



Lembut sahaja bunyi ayunan tika mesin sedang menyulam berbanding minggu-minggu terakhir di bulan Mac nan lalu.

Semoga kesihatan ini mampu bertahan walau bibit-bibit rasa yang seolah-olah menghiris urat perut kembali dirasai.

Bagi yang ingin membuat tempahan, kalian boleh tinggalkan pesanan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 013-2700020.

Minta maaf, buat masa sekarang ini, Mak Ku tidak mahu menerima sebarang panggilan talifon ya. Jadi, jangan talifon jika mahu membuat tempahan.

Sekian, wasalam.

Love,
~Mak Ku~
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 5, 2017

Endometriosis; Bila sakit itu menyerang lagi

Entri: #196
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 08, 1438H
(05 April 2017)

Salam kasih sayang.

Hari ini Mak Ku kena mula balik rawatan ini.



Sama rawatan macam duduk wad, beza hanya tanpa suntikan ubat ikut IV.

Macam mana buat? Untuk kes macam Mak Ku, kena buat dos ubat tahan sakit berlapis.

Kau orang pesakit endometriosis atau bukan sila jangan ikut tanpa kebenaran doktor ya.

Disebabkan suntikan voren dan arcoxia tetap tidak diizinkan untuk memberi kesan keringanan kesakitan, sekarang, rawatan akhir sebelum serah diri ke hospital kembali adalah dengan cuba guna kaedah ini pula.

Kita mulakan hari macam biasa, ambil paracetemol. Kemudian selepas 3 jam, kita ambil mefenamic acid pula (ini boleh bikin gastrik ku mencanak). Dan kemudian ambil balik paracetemol ikut selang masa dos sepatutnya dan diikuti ponstant ini selepas 3 jamnya.

Macam benci sangat dah nak ambil ubat tahan sakit ni. Tapi demi kelangsungan hidup, mak ku telan juga lah.

Kau orang tolong doakan Mak Ku bertabah ya. Mak Ku tak mahu sebolehnya duduk dalam wad. Letih kena soal dan kena scan.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 4, 2017

Endometriosis, Tewas Akhirnya.

Entri: #195
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI




Jam 2.30pm.
Demi kelangsungan hidup, ambil juga lah dia ini walau tahu hanya dapat bertahan selama 2 jam sahaja pun.

Mak Ku sakit perut skala 7 sekarang ini.

Oh ya lupa nak cerita.
27 Mac 2017 yang lalu, Mak Ku pergi jumpa pakar di Hospital Selayang.

Macam biasa, pakar terlibat tiada di klinik dan kes diambil oleh doktor bertugas. Kemudian lapor semula pada doktor pakar (Doktor Norliza) sebarang penemuan hasil perbincangan doktor dan mak ku juga keputusan imbasan yang telah dibuat.



Gambar di atas adalah stok ubat untuk 2 bulan. Pil paracetemol dan pil arcoxia sahaja pun. Pil hormon Duphaston telah dihentikan ambilannya dek tiada kesan pada situasi yang mak ku rasai dan alami.

Nanti hujung bulan 5 bekalan ubat ini datang lagi memandangkan paracetemol ini perlu mak ku ambil setiap hari tapi mak ku doktor sendiri, ambil bila agak perlu sahaja. Letih nak hadap ubat tahan sakit.

Apa lagi mak ku nak tulis? Waktu mak ku taip ini, mak ku berbaring sahaja. Sengal perut masih terasa.

Allah sahaja tempat mengadu. Dah habis daya dah mak ku nak tahan. Tinggal mahu pergi hospital ambil ubat tahan sakit ikut IV saja lagi.

Oklah, mak ku nak pejam mata lagi. Semoga pagi nanti kurang dah rasa sakit ini.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid

Baiki poket seluar dan kisah sakit perut dek endometriosis

Entri: #194
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Rejab 07, 1438H
( 2017)

Salam kasih sayang buat semua.

Mak Ku masih kerjanya membaiki poket seluar.



Perut hari ini masih belum beri kerjasama. Masih berbisa, ngilu, pedih dan macam-macam rasanya.

Macam mahu tukar alat ganti abdomen saja jika ikutkan rasa hati ini.

Nampaknya suntikan voltaren/voren yang di ambil pada hari Ahad lalu itu hanyalah sekadar suntikan yang tidak diizinkan Ilahi untuk memberi kesan kelegaan kepada diri.

Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi ini. Sekurang-kurangnya sakit ini boleh menginsafkan diri bahawa hidup ini tidak lama mana pun.

Astaghfirullah hal 'azim.

Semoga lafaz ini menjadi butir-butir kalimah yang sering terungkap di bibir dan di hati sehingga habis nyawa ini dikandung badan hendaknya.

Sekian, Wasalam

posted from Bloggeroid