Followers

Monday, February 10, 2014

6 Minggu Lagi...

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHAN


Seperti yang anda semua sedia maklum dalam entri terdahulu, cik azue telah pun memberikan notis perletakkan jawatan kepada Pengurus Jabatan Sumber Manusia dan Pengurus Jabatan Kawalan Mutu & Kualiti.

Jika anda perlukan format notis profesional ini, hubungi cik azue ya

Termasuk hari ini, ada 30 hari bekerja @ 6 minggu berbaki lagi bagi cik azue bergelar seorang Eksekutif Kawalan Mutu di syarikat tersebut. Dan baki cuti tahunan pula berbaki lagi 17 hari yang nampaknya agar sukar untuk dihabiskan dalam tempoh notis perletakkan jawatan ini.

Selepas habis tempoh ini, maka akan bermulalah perjalanan cerita baru dalam fasa kehidupan cik azue. Untuk kebahagiaan mereka berdua ini, 



maka, inilah pengorbanan terbesar yang cik azue sebagai seorang IBU harus lakukan. Terima kasih chenta atas sokongan anda yang tidak pernah berbelah bagi atas keupayaan diri ini.
Semoga kehidupan akan datang lebih mendekatkan kita semua kepada Rabb yang SATU itu.

Akhir kalam, nanti cik azue ceritakan lagi bagaimana ke[utusan ini cik azue buat dan apakah sebab-sebabnya serta akan diceritakan juga pandangan pihak pengurusan tertinggi apabila mendapat notis yang mereka tidak pernah jangkakan akan terjadi.

Hingga itu, ceria-ceriakan diri dan senyum-senyum selalu.

Wasalam





*****************************************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

5 comments:

Mila@Rimbun said...

success selalu azu..
bagus jugak azu cerita ceriti share ur journey as wahm ni.. maybe ada yg boleh ambik pengajaran dan pelajaran utk masa depan..
all the best
##last week kehilangan seorang rakan sekerja yg berhijrah berbisnes sendiri dan lari jauh dari hiruk pikuk bandaraya KL ni

Hanie(SHMA) said...

INSYAALLAH SEGALA KEPUTUSAN YANG AKAK BUAT BERJALAN DENGAN LANCAR.AMIN

MumMe said...

i have gone those days,kak...in the beginning I was so down...tp alhamdulillah Allah pertemukan mumme dgn sahabat x-kerja yg jg seorg kakak yg menyedarkan mumme...now i am a proud happy kindi teacher.working from 7am-12noon.

nurbijen said...

besarnya pengorbanan akak... banyak pahala dapat bila kita buat dgn ikhlas...
Insya Allah kak, moga jalan yg dipilih menjadikan kita lebih dekat dengan Nya :)

umi said...

Tahniah kak. Di rumah pon boleh berjihad.